BINCANGKAN PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN TERSEBUT, 1900-1941.
PENGENALAN


     Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya daripada penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan i ni ialah kesedarna yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks tanah melayu atau british malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan british.
     semangat kebangsaan di tanah melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke 20 lagi. Iaitu setelah pihak british mengesuai seluruh tanah melayu, dibawah sistem pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-egeri selat, negeri-negeri tidak bersekutu, negeri-negeri bersekutu.
     Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke dua, kaum-kaum cina dan kiblat mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayau sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah british, pada tahap-tahap awal. Maka perbincangan dibataskan kepada peranan yang dimainkan oleh orang melayu, sehingga tahun 1941, iaitu sehingga jepun menawan tanah melayu dan british mengundurkan diri buat sementra waktu.
     Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu iaitu faktor dalaman dan luaran.

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

Gerakbalas Terhadap Pentadbiran British
     Menjelang akhir abad ke 19, pihak british telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british emudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.
     Rtambahan pula, pihak british telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, diman daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di tana melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dimana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat.
     Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit dianmbil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

Perkembangan Pendidikan
     Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalnagn orang melayu. Ereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebi h pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang british sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.
     Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maa tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu, etrutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang melayu.
     Si samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum ingiren. Namun demikian sekoalh-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan semangat kebnagsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka barulah sekoalh-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu.
     Kesimpulannya, perkemabangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting daam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Perkembangan Sistem Perhubungan Dan Media Massa
     Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak britis demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun telah membant menyeleaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membnatu merentasi sikap kekampungan. Kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan.
     Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar denagn pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.
     Selain daripada perkembangan sistem perhubungan yang digunakan sebagai jalan penyaluran semangat kebangsaan, media massa, etrutamanya, surat khabar turut digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja ali haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.
     Jelas bahawa, perkembangan sistem perhubungan dan media massa turut memainkan peranan penting dalam menentukan masyarakat melayu bergerak ke arah satu identiti iaitu identiti kebangsaan dan bukan lagi mengikut identiti kekampungan ataau kedaerahan.

FAKTOR LUARAN

Gerakan Pemulihan Di Timur Tengah
     Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi islam telah sampai ke tanah melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan wahabi oleh sheikh muhammad abduh dan syed jamaluddin al-afghani.
     Syeikh muhammad abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip islam menurut kehendak zaan moden, ettapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah dan rasul seperti yang tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwil serta pentafsiran islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.
     Konsep pan-islamisme telah ula diutarakan oleh syed jmaluddin al-aghani, seorang pemuda reformis islam tyang radkal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Konsep ii mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang berteraskan agama islam yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan agama islam dan sebuah negara islam yang besatu padu dan berdaulat.
     Pda masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, etrutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah memengaruhi keduadua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama islam.
     Perkembangan di timur tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan kesedaran yang semain meresapi masyarakat melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut melayu yang telah pergi ke timur tengah sepertti syeikh jlil jalaluddin. Sayed al-hadi dan syeikh muhammad salim al-kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam.

Kekalahan Rusia Ke Tangan China
     Dalam peperangan yang berlaku di antara rusia dengan jepun (1904-1905) jepun telah menang. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.
     Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama abdllah abdul rahman teah menghasilkan karya berjudul ' mataharai memancar' (the rising sun) yang menceritakan sejarah jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya mustafa kamal dari turki yang asalnya daripada bahasa arab. Menurut za'ba ( modern development, hlm 148), karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca melayu.
     Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknlogi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang british dari tanah melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di tanah melayu. Di antara mereka ialah syed sheikh al-hadi yang mula menggalakkan orang melyu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan sosial, mealui ajaran islam.
     Perkembangan di jepun mengalahkan kusa rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka dariapda terus di tindas oleh pihak british.

Pergerakan Kebangsaan Di Indonesia
     Gerakan kemerekaan rakyat indonesia menentnag emerintahan belanda telah memberi semangat kepada golongan melayu yang ingikan pembebasan daripad penjajahan british. Sariket islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan memelihara kebajikan dan ekonomi orang indonesia serta emnyatukan orang islam dengan menyebarkan ajaran islam. Parti ini amat popular di pulau jawa. Parti ini mendesak penjajah belanda supaya memberi pemerintahan sendiri kepada rakyat indonesia.
     Orang melayu di tanah melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut, tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, baasa dan kebudayaan, di antara masayarakat islam di indonesia dan mayarakat melayu di tanah melayu, jadi orang melayu di tanah melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang dilakukan oleh sarekat islam di indonesia
     Di samping itu pelajar yang sedang belajar di timur tengah, telah berhbung dengan peajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka ialah untuk berganding dan sama-sama memperleh pembebasan dariapad penjajah.

Perkembangan Kesedaran Kebangsaan Di Tanah Melayu
     Perkembangan kesedaran kebangsaan di tanah melayu telah dipeloori oleh tiga kumpulan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik.
     Kumpulan yang pertama iaalah golongan yang berpendidikan arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukn keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku di timur tengah.
     Kumpulan ke dua ialah yang berpendidikan melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan merekeka terdiri daripada guru dan wartawan.
     Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah yang berpendidikan inggeris, mereka terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Golongan Berpendidikan Arab
     Sejarah kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu boleh dikesan sejak awal abad ke 20 sebagai gerak balas terhadap gerakan yang dilakukan oleh beberapa tokoh yang pulang dari timur tengah dan mesir. Oleh yang demikian, pergerakan pada tahap awal ini lebih bercorak keagamaan.
     Golongan ini kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan walaupun sebilangan mereka kecil, tetapi mereka sangat berpengaruh di kalngan masyarakat melayu. Merak adalah orang melayu yang berketurunan arab., India, jawa dan sumatera. Mereka telah berhijrah ke tanah melayu selepas bermulanya pentadbiran british di sini, dan mula menetap di pulau pinang, melaka dan singapura.
     Di antara meraka, golonga yang utama ialah imigran arab yang telah berkahwin dengan wanita melayu tempatan. Walaupun mereka masih mengekalkan sebahagian daripada tradisi kearaban mereka, seperti berpakaian jubah, namun meraka di terima ke dalam masyarakat kerana persamaan agama. Mereka dididik dengan baik dan berilmu pengetahuan, terutama yang bergelar syed dan syeikh. Kebanyakan mereka merupakan pedagang yang kaya. Maka pengaruh mereka terserlah di kalngan masyarakat tempatan.
     Golongan kedua yang terpenting ialah orang islam dari india dan berkahwin dengan wanita tempatan. Mereka dikenali sebagai jawi peranakan. Mereka merupakan pedangang dan pekedai yang berjaya. Mereka juga menganggotai pentadbiran british sebagai kerani, penterjemah, jurubahasa dan guru-guru bahasa melayu yang bergelar 'munshi'
     Sumbangan utama jawi peranakan ialah terhadap bidang penerbitan majalah dan akhbar yang berfungsi sebagai alat penyaluran untuk menyebarkan idea-idea pemulihaan dan disuarakan oleh golongan keturunan arab. Pada tahun 1876, sekumpulan jawi peranakan telah membuka jabatan percetakan dan mula mengeluarkan akhbar mingguan dalam bahasa melayu bernama jawi peranakan' akhbar ini sering memaparkan berita-berita luar negeri, dalam negeri dan berusaha memupuk pendidikan melayu (foster vernacular education).
     Selama tiga puluh tahun seterusnya, pejabat ini telah mengeluarkan enam belas jurnal berbahasa melayu, aspek yang sering ditekankan ialah potensi pendidikan dan peri pentingnya kemajuan diri dan kemajuan komuniti masyarakat melayu, seperti yang dilaungkan oleh golongan keturunan arab.
     Disamping itu, golongan keturunan arab sering menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di timur tengah, pertamanya di universiti al-azhar di mesir. Semasa menuntut, pelajar-pelajar ini telah terpengaruh dengan iea-idea syeikh muhammad abduh dan gerakan pan-islamisme yang sedang berkembang di asia barat. Sekembali ketanah air, mereka turut menyebarkan ideaidea tersebut. Di antara pemimpin golongan ini yang terkenal ialah syeikh mohd. Tahir jalalluddin al-kalali, syed syeikh al-azhari, dan syekh mohd kassim al-kalali, bergelar kaum muda.
     Pada bulan julai 1906, syed sheikh al-hadi bersama rakan-rakannya telah mengusahakan majalah al-imam (pemimpin) di singapura. Majalah ini kemudiannya menjadi lidah rasmi untuk membawa pembaharuan sosial dan agama di kalangan orang melayu. Tujuan utama majalah ini ialah untuk ' mengingatkan mereka yang lalai, membangkitkan mereka yang tidur, memimpin mereka yang sesat dan memberikan suara kepada mereka ang berfikiran bernas.'
     Pada keseluruhannya rencana-rencana dan makalahmakalah yang etrsiar dalam al-imam adalah berkisar pada persoalan agama yang seringkali berupa seruan menyedarkan umat islam yang sekian lama dihanyutkan oleh politik dan tipu helah penjajah.
     Kaum muda tersebut juga menyarankan orang melayu untuk mempelajari satu sistem pelajaran agama yang bercorak liberal dengan memasukkan mata pelajaran moden bahasa inggeris di samping bahasa arab. Mereka juga berpendapat bahawa kaum wanita harus diberi pendidikan dan peluang memainkan peranan di dalam masyarakat. Pendapat ini dijelakan melalui karya novel 'faridah hanum' yang ditulis oleh syed syeikh al-hadi.
     Mereka menekankan fikiran yang waras dan rasional tanpa mencampuradukkan ajaran-ajaran agama dengan adat dan kepercayaan yang kaurt. Untuk memperluaskan lagi ajaran ddan cara pemikiran mereka. Kaum muda telah menubuhkan ekolah-sekolah agama seperti madrasah al-mashyur (pulau pinang) madrasah al-hadi (melaka) dan madrasah al iqabal al-khariah (singapura.
     mereka juga turut menyumbangkan tulisan dalam majalah dan akhbar seperti neraka (1911), al-manar (1914), al ikhwan(1926) dan saudara (1928). Mereka turut emndapat sokongan daripada pelajar di timur tengah yang menulis dalam majalah 'seruan al-azhar' (1928) dan 'pilihan timur' (1927-29).
    Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua menganggap idea kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik dan agama yang sedia ada. Mereka bertindak balas denagn menerbitkan majalah pengasuh. Majalah ini diterbitkan oleh majlis agama dan adat istiadat kelantan. Oleh kerana kuatnya pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan kaum muda diharaman dibeberapa buah kerajaan negeri. Majalah-majalah ini hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak ramai penduduk melayu seperti di negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum muda juga dilarang daripada berucap di masjid-masjid.
     Walau bagaimanapun, idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun.

Golongan Berpendidikan Melayu
     Tahun-tahun 1920 an memperlihatkan pertamabahan bilangan orang melayu yng berpelajaran, sebagai hasil perkembangan sekolah-sekolah melayu, dan penubuhan maktab perguruan sultan idris (mpsi), yang telah ditubuhkan pada tahun 1922. Pelajar-pelajar maktab ini terdiri daripada anak-anak kaum tani dan keluarga melayu yang rendah mobiliti sosialnya. Namun mpsi dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa kebangsaan mereka menitik beratkan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang membelenggu masyarakat melayu. Namun soal-soal agama tidak diabaikan oleh mereka.
     pergerakan kesedaran kebangsaan yang diteruskan oleh golongan berpendidikan melayu ini bermarkas di mpsi, yang merupakan pusat pengajian tertinggi bagi pelajar yang berpendididkan melayu di zaman penjajah british. Selepas elajar, mereka dihantar ke sekolah-sekolah melayu di seluruh negara.
     Semasa di mpsi, pelajarpelajar bakal guru-guru ini telah disuburkan menganai emangat kebangsaan oleh guru-guru melalui syarahan sera mata pelajaran sejarah. Di antara guru-guru yang terkenal ialah cikgu abdul hadi haji hassan yang berasal dari melaka.
     Elepas ditempatkan disekolah-sekoalh melayu, guru-guru epasan mpsi ini secara tidak langsung mengembangkan fahaman kebangsaan kepada murid-murid di sekolah emnerusi pengajaran meraka. Dalam masa yang singkat saja, mereka dapat menyedarkan kkaum melayu bahawa mereka adlah bangsa melayu bumiputera di tanah melayu.
     Seorang gur lepasan mpsi bernama ibrahim haji yaakub dari pahang telah memulakan perjuangan ala politik. Pada masa bertugas di kuala lumpur beliau bersama ishak haji muhammad, hassan manan, abdul karim rashid dan isa mahmud telah menubuhkan parti politik bercorak kebangsaan pada tahun 1938. Pertubuhan ini dikenali sebagai kesatuan melayu muda (kmm)
     Tujuan kmm di tubuhkan ialah untk berjuang mencapai kemerdekaan tanah melayu daripada pihak british. Ideologi merek ialah tidak mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan. Pertubuhan ini juga inginkan penggabunagn dengan indonesia untuk membentuk melayu raya. Iiatu tanah air yang serumpun bangsa yang lebih luas.
     pada tahun 1939, ibrahim haji yaakub telah membeli akhbar warta malaya di singapura dengan bantuan wang dari jepun. Beliau menjadi ketua pengarangnya. Semenjak itu terbitlah rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti british. Banyak cawangan kmm telah ditubuhkan di seluruh tanah melayu. Keadaan ini amat membimbangkan pihak btitish.
     Pada tahun 1940, british telah membuat serbuan mengejut beberapa markas kmm dan menangkap lebih daripada seratus orang pemimpin-pemimpin dan anggota kmm, termasuk ibrahim haji yaakub. Dengan itu british telah mengharamkan kmm. Keadaan ini berlanjutan sehingga kedatangan jepun pada tahun 1941 da pemimpin-pemimpin dibebaskan.
     Sungguhpun kmm etrdiri daripada pemimpin-pemimpin melayu yang dinamis dan berwawasan tinggi, namun petubuhan ini tidak berjaya menarik sokongan ramai seperti petani dan nelayan. Golongan ini masih mengharapkan kepimpinan golongan bangsawan.

Golongan Berpendidikan Inggeris
     Pergerakan yang dipimpin oleh golongan ini telah wujud akibat daripada kebimbangan orang melayu terhdap penguasaan bangsa asing, etrutamanya british, cina dan india. Mereka terdiri daripada golongan bangsawan dan orang kaya yang mendapat pendidikan inggeris dari maktab melayu kuala kangsar. Mereka lebih bersikap sederhana dan bekerjasa dengan pihak british. Oleh keran keturunan meraka, maka mereka dianggap pemimpin yang sah oleh orang melayu.
     Kesedaran tentang ha-hak orang melayu diklangan golongan ini dibangkitkan oleh tiga perkara iaitu desentralisasi, zaman kemelesetan dan tuntutan persamaan hak oleh orang cina.
     Pada tahun-tahun 1920an, sultan-sultan sendiri telah menyuarakan tentang pencerobohan yang nyata oleh pihak british ke atas kuasauasa mereka. Ini menyebabkan pihak british menganjurkan dasar pengagiha kuasa pusat. Tetapi pedagang-pedagang cina dan eropah telah membentah kerana mereka bimbang akan kehilangan peluang menikmati hasil ekonomi jika beberapa buah jabatan seperti jabatan perhutanan dan perlombongan di letakkan di bawah penguasaan negeri. Bantahan ini merupakan satu amaran kepada orang melayu bahawa jika mereka tidak sedar daripada kelalaian mereka. Maka tuntutan asing akan menamatkan hak istemewa orang melayu sebagai rakyat peribumi.
     zaman kemelesetan pula pada tahun 1920an dan 30 an juga menyaksikan keburukan kedudukan ekonomi orang melayu. Mereka terpaksa berhutang kepada orang pertengahan serta peminjam wang berbangasa cina dan india. Akiat kemelesetan, apabila kerajaan cuma mengurangkan kakitangannya, wail kaum melayu di dalam majlis mesyuarat persekutuan yang berpendidikan inggeris telah menuntut supaya orang melayu di ebri pertimbangan khas dan megenkalkan jawatan mereka dalam kerajaan.
     Langkah seterunya ialah mempertahankan kepentingan orang melayu telah bermual disingapura apabila mohamma eunos abdullah dilantik sebagai anggota melayu yang perama dalam majlis perperundangan negeri-negeri selat. Beliau telah mendapat pendidikan di sekola melayu di kampung glam dan melanjutkan pelajarn ke raffles institution. Pada tahun 1893 -94, semasa di singapura mohamma eunos abdullah mendapati dikalangan orang islam sendiri, masarakat melayu terpaka menerima kepimpinan orang arab dalam hal ehwal agama, perniagaan dan penerbitan majalah.
     Mohamma eunos abdullah sedar tentang keprluan satu parti politik untuk menjaga hal-hal orang melayu. Pada tahun 1926, kesatuan melayu singapura telah dibentuk dan ianya merupaka n tanda awal bagi petubuhan parti politik di tana melayu pada tahun 1940an.
     Tujuan peubuhan parti ini ialah untuk emningkatkan pencapaian ekonomi dan sosial orang melayu. Juga untuk mewakili hak orang melayu dalam kerajaan. Pendekkata penubuhan kesatuan melayu singapura merupakan 'turning point' terhadap pemikiran politik di kalangan orang melayu. Disiilah juga masyarakat melayu mula bersatu padu untuk menyuarakan hajat mereka.
     Kejayan pertama melalui perwakilan ini tercapai pada tahun 1928, apabila kerajaan memperuntukkan satu kawasan tanah yang luas bagi orang melayu untuk mendirikan sebuah kampung. Ini adalah satu langkah untuk mematikan orang melayu turut mendapat faedah daripada harga tanah yang kian meningkat.
     Cawanagn kms telah ditubuhkan di melaka dan singa pura pada tahun 1937. Disamping itu telah wujud kesatuan-kesatuan lain yang dianggotai oleh pegawai-pegawai melayu berpangkat tinggi dalam kerajaan. Timbul pula kesatuan-kesatuan dan kelab-kelab baru sseperti kelab persaudaraan pena (1937) yang menekankan perlunya usaha-usaha bersama bagi mengatasi masalah-masalah besama.
     Langkah selanjutnya ke arah perpaduan orang melayu telah dibuat apabila satu kongres kebangsaan bagi persatuan-persatuan seperti persatuan melayu pahang, persatuan melayu selangor telah diadakan dikuala lumpur pada tahun 1939. Kongres ke dua telah diadakan pada tahun 1940. Tujuan kongres ini ialah untuk memperkuatkan lagi usaha untuk memajukan orang melayu. Walau bagaimanpun mereka masih belum lagi mendapat persetujuan mengenai penubuhan persatuan bersifat kebnagsaan daripada pihak kerajaan menjelang tahun 1941.

KESIMPULAN


     Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asa kepada kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman keangsaan, kedaerahan dan kenegarian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari bahaw mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kean akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya mendaapat kemerdekaan dari pihak inggeris.


BIBLIOGRAFI

Andaya Barbara Watson Dan Leonard , Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1983

Buyong Adil, Perjuangan Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978

R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, Nasionlisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985

Radin Soernano, Malay Nationalism, 1900-1945, J S E A H , V. 1 March, 1960

Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar Bakti, 1975/1979

William R Roof, The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, 1967


Balik