ASOKA ADALAH PEMIMPIN UNGGUL DALAM SEJARAH INDIA AWAL. ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN KENYATAAN TERSEBUT.

Pengenalan
     Asoka sememangnya merupakan seorang pemimpin yang unggul dalam sejarah india awal. Pemimpin unggul bermaksud seorang ketua yang terbaik dan telah memberikan sumbangan-sumbangan yang kekal kepada negera yang diperintahnya. Asoka merukapan putera kepada bindusara iaitu pemerintah empayar maurya yang kedua. Asoka bermaksud 'tanpa pemerintahan'. Asoka dilantik menjadi maharaja pada tahun 269sm setelah membunuh saudaranya. Beliau berkuasa selama lebih kurang 40 tahun (232- 272)sm. Beliau semamang nya merupakan pemimpin yang unggul apabila telah berjaya memberikan sumbangan yang amat penting kepada india iaitu dari segi politik, sosial , keagamaan, senibina, ekonomi serta ketenteraan.

Politik dan pentadbiran
     Asoka telah mengambil langkah dengan mneyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik. Sistem pemerintahan yang dijalankan olejh asoka ialah rara berkuasa mutlak. Ini dapat dilihat pada ucapan beliau dimana beliau telha mengadakan perbincangan dengan menteri-menterinya yang memengang tugas masing-masing. Ketua sami (purohita) berfungsi sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan negar adan mengutip cukai bersama dengan keran-kerani yang menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar. Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan iaitu dibahagiakan kepada beberapa bahagian utaa seperti raja, majlis penasihat dan terdapat 18 jabatan untuk emngendalikan tugas-tugas penting. Raja memainkan peranan sebagai ketua negara, ketua hakim, penggubal perjanjian politik, undang-undang awam dan kerajaan serta polisi-polisi kerajaan.
     Asoka uga telah membahagikan wilayah empayar maurya kepada empat bahagian atau wilayah. Setiap wilayah diletakkan di bawah seorang ahli kelarga diraja dan diberi kedudukan sebagai wizurai. Gabenor-gabenor yang dipilih oleh raja diberi ugas mentadbir kawasan atau bahagian-bahagian kecil. Pegawai-pegawaikehakiman dilantik dikawasan-kawasan luar bandar sebagai hakim dan pentadsir cukai. Wilayah-wilayah ini dibahagikan pula kepada kumpulan (kampung) dan unit pentadbira asas ialah kampung. Kumpulan kampung akan dikendalikan oleh seorang akauntan dan pengutip cukai. Dalam hal pentadbiraan bandar juga terdapat heirarki pagawai-pegawai yang diketui oleh superintendent (penguasa) bandar di dibantu oleh 30 superintendent dan pegawai.
     Semasa pemerintahan, asokajuga telah melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai 'dharma mahmatra' untuk meniliti dan mnegkaji hubungan yang harmonis wujud antara manusia denga manusia yang lain. Di samping itu untukmemastikan pegawai-pegawai menjalankan polisi-polisi yang dibenarkan. Pegawai-pegawai baru ini juga memainkan peranan penting sebagai pengatur etrtinggi amal kebajikan dan urusan agama. Menurut majumdar, merak dipilih dari kalangan penganut-penganut agama buddha, brahmin, ajivka dan nirgranthas.
     Bersesuaian dengan konsep dharma asoka telah menghapuskan perkhidmatan rahsia yang dipekenalakan semasa pemerintahan chandragupta. Asoka telah menggantikan perkhidmatan tersebut dengan satu badan undang-undang luar negeri yang memainkan peranan melapurkan perkembangan agama di dalam empayarnya. Selain itu asoka juga telah menghantar pegawai-pegawainya bagi emnjalankan penyelidikan setiap 5 tahun di setiap wilayah.
     asoka turut mengamalkan dasar luar negeri yang beasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah. Beliau mengutuskan wakil ke cyrene, mesir dan mecadonia. Antara pertukara duta yang pernah dibuat seperti antioshus dari syria, mogas dari cyrene dan lain-lain lagi. Tujuannya adalah untuk memperkenalkandan empayar maurya kepada negara lain. Asoka berpendapat dengan mengamalkan kerajaan yang bebas tanpa sikap permusuhan kerajaannya akan dihormati dan dapat mempengaruhi kerajaan lain. Polisina berjaya menghasilkan pemimpin yang bermoral dan dapat menambahkan kecekapan pegawai dalam pentadbiran.

Sosial
     asoka amat memengtingkan kehidupan sosial masyarakatnya. Oleh itu beliau telah mengubah corak pemerintahan empayar maurya sebelumnya yang kurang sesuai. Beliau telah menyerapka ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran. Asoka menyatakan rakyatnya perlu mengikut ata menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah in telah diukir di tiang-tuang batu yang dikenali sebgaai' asoka adicts'.
     asoka juga telah menyediakan banyak kemudahan bagi kepentingan rakyatnya. Beliau telah membina banyak kemudahan infrastruktur seperti mendirikan tempat berteduh, rmah-rumah tumpangan dan menanam pokok di sepanjang jalan. Selain itu, beliau turut menyediakan air minuman di setiap bangunan untuk manusia dan binatang, menggali perigi-perigi di epanjang jalan dan sebagainya, tujuannya ialah untuk kemudahan pengembara dan pejalan kaki dan seterusnya ia akan menarik minat rakya untuk terus hidup di bawah pemerintahannya.
     Di amping itu, asoka turut meningkatkan taraf pendidikan rakyat. Beliau memberi kemudahan kepada rakyat emndapat pendidikan melalui pelajran terbuka. Melalui sistem ini semua lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan. Sebelum itu pelajaran hanya disampaikan dalam bahasa sanskrit di mana golongan brahmin sahaja boleh mengikutinya. Pelajaran-pelajaran terbuka diajar kepada orang ramai dan tokong-tokong dan ini embolehkan pelajaran tidak lagi dikuasai oleh golongan brahmin. Beliau turut menggalakkkan penggunaan bahasabahasa tempatan seperti bahasa prakrit, bahasa pali dan lian-lain lagi. Bahasa-bahas ini lebih rapat dengan bahasa daerah.

Agama
     asoka ada mulanya merupakan seorang pemerinah yang kejam. Sehingga dikatakan telah membunuh 99 saudaranya dalam usaha perjuangannya meluaskan jajahan takluknya. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi titik permulaan kehidupan asoka. Kesedihan yang disebabkan oleh penderitan dan keadaan melarat diseabkan peperangan menyebabkan beliau meninggalkan adat tradisi dan mula beralih kepada ajaran buddha. Asoka mengabiska masa dengan berdasarkan falsafah pemerintahan dalam memperbaiki amalan moral dan mempropagandakan doktrin yang diikutinya.
     unsur utama dalam pemerintahan asoka ialah konsep dharma. Menurut minor ediot iii, perkataan dharma terdapat dalam doktrin bddha. Walau bagaimanapun, dinayatakan bahawa unsur-unsur moral yang dikhutbahkan oleh asoka adalah mengikut apa yang dia percaya sebagai pengajar buddha. Kepercayaan buddhisme menganggap asoka telah membina asoaramu di pataliputra dan didapati tidak kurang daripada 84 ribu penganut buddha mengunjungi empayar ini.
     asoka juga dirujuk sebagai 'tuhan'. Malah terdapat doktrin buddhisme' yang menyetakan sebagai kepercayaan yang benar. Asoka pernah menjadi upasaka untuk lebih daripada dua setengah tahun dan rapat dalam hbungan denga sangha iaitu pendita buddhaisme lebih daripada satu tahun. Asoka turut percaya dan memuliakan trinity buddhis iaitu buddha, hdarma dan sangha. Namun begitu beliau turut menggunakn teks agama yang dipilihnya.
     asoka pernah menziarahi tempat-tempat suci agama buddhaisme seperti sambodhi, bodhgaya di mana buddha mencapai bodi dan juga kawasan lumbinirama.
     asoka merupakan penanung doktrin buddha dan bertanggungjawab dalam membangkitkan buddhisme dai status yang biasa di india kepadaagama yang di beri taraf di seluruh dunia. Alau bagamanpun, dharma yang asoka gunakan dalam pemerintahan adalah tidak semuanya dari agama budha yang terawal sekali.
     asoka percaya bahawa syurga atau svarga dan kegembiraan di dunia yang akan datang sebagai kemuncak kehidupan. Menurut beliau untuk mendapatkan syurga dan kegembiraan adalah mustahil dengan mempraktik dan memperkenalkan kepada orang ramai tentang dharma. Antara sifat baik yang ditekankan oleh asoka kepada ialah menghormati ibubapa, berhemah tinggi, liberal terhadap kawan, menghormati orang yang lebih tua dan banyak lagi. Di samping itu beliau juga turut melarang menganiayai atau membunuh binatang, kesemua perintah ini tedapat dalam pahatan di batu atau 'rock edicts'
    Walaupun asoka seorang penganut buddha namun beliau tidak pernah melarang penganutpenganut agama lain meninggalkan agama mereka. Ini menunukkan beliau adalah bersikap liberal terhadap agama lain. Malah dinayatkan pada rock edicts xii' bahawa beliau menyeru agar semua masyarakat dari pelbagai agama dan komuniti agar saling menghormati antara satu sama lain.

Seni bina
     Pada masa pemerintahn asoka , seni bina india telah berkembang pesat dan ia banyak dipengaruhi oleh agama buddha. Tukang-tukang yang mahir banyak membuat patung dan ukiran pada pintu gerbang gua. Kuil-kuil di bina dikawasan gua dan didalam gua ini banyak terdapat ukiran yang menggambarakan kehidupan guatama buddha. Pada zaman ini juga terdapat beberapa ribu stupa telah didirikan. Stypa ini dibina daripada batu dan berentuk kubah. Ia bukan merupakan tempat suci atau kuil buddha tetapi ia adalah untuk menyimpan bahan-bahan peninggalan buddha.
     Pada zaman asoka juga, bangunan-bangunan di bina menggunakan batu yang bermutu tinggi dan tidak lagi menggunakan papan atau kayu seperti zaman sebelumnya kemahiran kerja dan struktur banguanan sangat berkualiti. Ini kerana ia menerima pengaruh pursia dan hellenic. Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh di ambil dari barat-utara khususnya bactria. Justeru itu, ekonomi empayar maurya di bawah asoka telah mencepai tahap yang boleh dikatakan agak maju.

Ekonomi
     Dari segi ekonomi, kerajaan tidak mempunyai hak mutlak. Perubahan ini amat berlawanan sekali dengan pemerintahan sebelumnya iaitu menetapkan hak ekonomi adalah hak kerajaan semua tanah adalah milik raja. Tetapi pada zaman pemerintahan asoka petani dibenrakan memiliki tanah sendiri. Saiz tanah adalah mengikut kemampuan petani. Kerajaan juga menyediakan kemuahan pengairan untuk memajukan lagi bidang pertanian. Ini kerana sumber ekonomi utama ialah berasaskan pertanian. Sisampng itu cuka-cukai yang sesuai iaitu 1/8 hingga 1/6 dikenakan kepada petani berbanding dengan pendapatan negara yang tinggi. Anatara cukai yang diperkenalkan ialaha bhaga iaitu cukai pendapatan hasil pertanian, bali iaiatu cukai yang dikenakan untuk membeyar gaji pegawai, cuka-cukai lain termasuklah cukai kelahiran, kematian den aperdagangan. Pendapatan dari cukai digunaka untuk urusan pembangunan negara, pentadbiran dan untuk membina infrastuktur.
     Pada tahun 243 sm asoka mengumumkan tidak membenarkan penjualan dan penangkapan hasil ikan selama 56 hari dalam satu tahun. Lembu dan binatang yang mengeluarkan susu tidak boleh di bunuh dan akan lembu yang tidak cukup umur tidak boleh disemelih.
     Dari segi perdagangan pula, asoka menggalakkan perdagangan antara wilayahwilayah bagi memperkembnagkan ekonomi negara. Ini menyebabkan ramai pedangang dari luar india datang berdagang di india. Antaranya dari ceylon, kepulaua asia dan sebagainya. Kegiatan perdagangan ini secara tidak langsung turut membantu penebaran agama buddha.

Ketenteraan
     Selepas menganut agama budha, asoka tidak lagi agresif dalam bidang ketenteraan. Asoka lebih suka bersikap toleransi dan berperikemanusiaan. Tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan terus bidang ketenteraan.Asoka telah menenmptakakan askarnya d beberapa kawasan penting dan tempat-tempat strategik. Penempata tentera adalah bertjuan mengawal wilayah dari serangan luar. Conthnya, pasukan tentera yang kuat di tempatkan di punjab kerana kawasan itu berhampiran dengan pusat pentdbiran dan sentiasa terdedah kepada ancaman luar. Penempatan tentera di kawasan penting menjelaskan sikap asoka yang ingin mengelak ancaman terhadap wilayahnya.

Kesimpulan
     Kejayaan ini membuktikan bahawa asoka memang merupakan peimpin unggul kerana berjaya mengubah atau telah berjaya memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam empayar maurya. Beliau telah meninggal dunia pada 232 sm. Empayar maurya telah berpecah selepas kematiannya dan akhirnya jatuh pada tahun 185 sm. Kelemahan dan ketidakcekapan pemerintah-pemerintah selepasnya merupakan salah satu sebab kejatuhan empayar maurya.


BIBLIOGRAFI

Radhagovinda Basak, Asoka Incription, Calcutta Progressive Publisher , Clcuta, 1959

R. C Maumdar, The History Dan Culture Iof India People, The Age Of Emperial Unity, Bombay , Bharatiya, Vidya Bhana, 1951

R C Majumdar, H C Raaychaudhun, K Intta, An Advanced History Of India, New York, 1967

W H Moreland And Atul Chandra Chatterjee, A Short History Of India, Longmas, Green And Co. London, 1957


Balik