DATA-DATA ARKEOLOGI

ABSTRAK
Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, jumpaan-jumpaan yang menarik, misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan publisiti. Seolah- olah terdapat sesuatu dorongan untuk terus menggali, untuk memegang objek, untuk membayangkan keadaan sebelumnya. Arkeologi adalah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasai teori ahli arkeologi .(1)
Arkeologi mempunyai hubungan dengan manusia pada masa lepas. Tumpuannya adalah pada keadaan budaya dalam perspektif masa (2).Sebahagian dari masa prasejarah tidak mempunyai rekod bertulis. Ahli prasejarah atau arkeologi kekurangan rekod bertulis, mereka terpaksa menggunakan artifak- artifak yang selalunya diperolehi melalui carigali oleh para arkeologi(3) . Ada beberapa sub bidang seperti arkeologi prasejarah yang mengkaji zaman sebelum wujudnya tulisan. Arkeologi adalah pengkajian dari aspek material yang berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia silam(4) .

PENGENALAN
Arkeologi adalah berasal dari perkataan 'archaios' yang bermakna yang telah lalu dan 'iogos' yang bermakna pengetahuan(5) . Ini menerangkan bahawa akrekologi adalah pengetahuan masa lalu. Ahli arkeologi menggunakan data bukan bertulis seperti artifak, ekofak, feature dan data konteks. Ahli arkeologi juga berminat pada ruang waktu yang luas contohnya peringkat atau tahap yang sama ada pada zaman gangsa awal atau lewat sejarah yang tidak bersifat peribadi iaitu menyentuh soal riwayat hidup atau peranannya terhadap pembangunan masyarakat. Peranan arkeologi hanya meriwayatkan kisah sesuatu kelompok silam contohnya kisah hidup serta cara hidup masyarakat zaman gangsa atau besi(6) . Antara aspek yang dapat dikaji oleh ahli akrekologi seperti dalam pola ekonomi berkebnaan cara mengumpul , memburu dan menjalankan pertanian. Aspek pola pertempatan dikaji berdasartkan keadaan kelopok kecil meraka sama ada hidup menetap dalam kampung kemudian menjadi kampung besar dan berubah menjadi urrban (kawasan pembangunan). Dalam aspek keudayaan kebendaaan berkenaan artoifak mereka sama ada daripada batu atau atau alat mentenan lain serta pola perhiasan meraka yang boleh menunjukan taraf status mereka dalam masyarakat mereaka. Dalam aspek kebudayaan dilihat dari segi kepercayaan, kubur, kuil, patung dan seterusnya buat kesimpulan.
Ahli arkeologi melihat artifak-artifak sebagai satu cara manusia memenuhi keperluan asas bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal dan perlindungan dari musuh., arkeologi menrut bagi sesetengah sarjana ia adalah kerja seni dan pelengkapan diri. Semua ini tidak mempunyai harga kecuali kerana nilai dalaman dan keindahannya(7) . Arkeologi mengkaji orang yang telah mati yang selalunya tidak bernama dan budaya yang jarang difahami oleh individu. Perbezaan juga wujud kerana arkeologi mengkaji kerja- kerja manusia artifak-artifak mereka serta tempat-tempat kegiatan mereka dan bukan manusia itu sendiri. Arkeologi tidak meliputi segala bidang yang ada(8) .

DATA ARKEOLOGI
Data-data arkeologi adalah untuk melihat dari mana datangnya manusia itu dan apakah aktiviti yang pernah dilakukannya dahulu sama ada mereka berburu, bertani atau bertukang kesemua ini akan dapat diketahui apabila terdapat pengujian terhadap tinggalan-tinggalan yang merupakan data arkeologi dan data ini akan diuji dengan radiokarbon atau labih dikenali 'carbon14'. Umpamanya bagi menentukan asal-usul nenek moyang orang-orang Melayu di Nusantara daripada mana asalnya dan bentuk kebudayaan yang pernah dilakukan dan masyarakatnya(9) .

ARTIFAK
Artifak adalah 'as anything made or modified by human being'(10) dan contohnya ialah alat batu, gendang gangsa dan tembikar. Artifak ada juga yang dibuat perubahan organik seperti buluh dan rotan tapi kesemua bahan itu tidak dikesan lagi kerana kawasan lembap. Manakala bagi Karl Huterer, pakar arkeologi berpendapat di Asia Tenggara bila kaji artifak zaman silam ia terbahagi dua iaitu kategori;

1. Artifak maintenan ;
Alat memotong bahan organik untuk berburu seperti sumpitan yang digunakan untuk berburu dan ia diperbuat dari buluh dan buluh ini dipotong dengan menggunakan alat dan alat inilah yang dimaksudkan sebagai alat artifak maintenan

2. Artifak ekstraktif;
Ia adalah alat yang digunakan secara langsung untuk berburu dan mendapatkan hasil. Contohnya sumpitan adalah salah satu alat ekstraktif yang digunakan untuk berburu dan mendapatkan hasil.

Di Perak terdapat kebudayaan Tampaniah yang mana tinggalan-tinggalan berupa alat-alat adalah menyerupai alat-alat di India, Siam, Burma dan Jawa(11) . Manusia pada peringkat ini lebih berbentuk bergantung hoidup dan kepada pemburuan dan berpindah randah yangg menunjukkan ada unsur-unsur cannablism dan mendiami gua-gua(12) . Telah terdapat tinggalan-tinggalan di Gua-gua, bukit dan lembah sungai yang menyatakan berkenaan zaman paleolitik. Penemuan yang didapati bahawa ia adalah bahan inorganik iaitu batuan maka dengan ini jelaslah bahawa ia adalah dari zaman batu awal. Penemuan alat-alat pemotong daripada yang tersangat tua usianya yang digunakan olejh manusia purba sejak zaman manusia homosapian lagi. Alat-alat ini ditemui di Kota Tampan Perak(13) . Ia juga dikenali sebagai alat maintenan kerana digunakan untuk memotong sesuatu benda contohnya pengetuk batu (Nut Craker) yang telah dijumpai semasa dijalankan kerja carigali oleh pakar kaji perba bernama H. D. Colling tahun 1983 di Kota Tampan(14) .
Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu memotong, melapah dan memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu orang zaman paleolitik meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak genggam dan alat batu repehan. Alat batu zaman ini tidak dilicinkan dan tidak menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam seni pencapaian. Alat-alat itu dicipta khusus keran fungsinya boleh membantu memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu. Menangkap ikan dan memungut hasil(15) . Menakala bagi bahan organik dipervcayai mereka telah menggunakan sumpitan untuk berburu dan bukannya untuk berperang(16) .

EKOFAK
Kulit siput, sisa tulang mamalia dan flora dan fauna yang terdiri daripada debunga adalah merupakan data ekofak yang merupakan data yang wujud kesan perlakuan atau perbuatan manusia. Contohnya ditapak Gua Kecil, Pahang. Penggalian yang dibuat oleh F.L Dunn dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan dan membahagikan Gua ini kepada tiga fasa kerana ditapak gua ini telah dijumpai longgokam-longgokan kulit siput yang dikatakan sisi makanan manusia zaman prasejarah(17) .
Kehadiran kulit-kulit siput dan tulang mamalia serta artifak hoabinhian merupakan fasa pertama yang menyatakan tentang aktiviti membuat dan mengumpul bahan-bahan seperti makanan. Kulit siput dan tulang mamalia ini makin meningkat dan seterusnya pada Fasa tiga terdapat peralatan batu berasah dan alat maintenan tidak digunakan lagi walaupun terdapat banyak lagi kulit siput tetapi ianya ianya semakin berkurangan secara mendadak dan dikatakan bahawa berlakunya perkembangan aktiviti manusia dari berburu dan mengumpul makanan kepada permulaan ekonomi pertanian dikalangan masyarakat neolotik. Di sini, Gua Kecil fasa 1 mewakili zaman hoabinhian, dimana alat batu berepeh digunakan dengan jumpaan tulang-tulang mamalia dan kulit-kulit siput ia telah menunjukkan berlaku pengurangan secara mendadak. Ia dikaitkan dengan aktiviti memburu dan mengumpul makanan yang semakin berkurangan.

FEATURE
Apa-apa data yang tidak boleh dibawah balik kemuzium atau tempat yang lain atau mengasingkannya dari tempat asal adalah merupakan data feature. Sebagai contoh apabila kita membuat penggalian dengan teliti dan berhati-hati kita dapat melihat data yang tidak boleh dibawah balik, contohnya sistem parit dan lubang tiang rumah (physt hole). Apa yang boleh dilakukan untuk jadikan bukti ialah bahan tersebut haruslah dilukis atau diambil gambarnya sahaja. Contoh yang dapat dikesan adalah Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Satu daripada cepu-cepu granit yang dijumpai masih mengandungi beberapa benda pemujaan purba seperti biji-biji permata, mutiara dan ketul-ketul logam serta beberapa lapis emas, perak dan tembaga dalam pelbagai rupa seperti rupa lembu jantan, kura-kura, bunga teratai dan rupa dewi dalam keadaan duduk(18) .
Dr. Lamb berpendapat pemujaan disitu adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-siasa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitanya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang ditengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memeberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium(19) .
DATA KONTEKS

Bermaksud data yang berkaitan kawasan alam semulajadi purba. Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu stradigrafi menegak, stradigrafi mendatar dan data negatif.

STRADIGRAFI MENEGAK
Perbezaan dalam longgokan dari atas ke bawah dengan menunjukkan turutan yang benar maka ia adalah disebut Stradigrafi. Prinsip stradigrafi adalah lapisan bawah adalah lebih tua daripada lapisan atas dengan syarat tiada gangguan dilonggokan itu. Cara untuk membezakan satu lapisan dengan satu lapisan berdasarkan perbezaan warna tanah, kandungan dan jenis tanah.

Pasir putih

Pasir kuning

Pasir bercampur

Tanah liat

Selain itu kita mesti fikirkan jenis tinggalan yang kita perolehi. Kita hendaklah menentukan sama ada;

Tinggalan Indigeneous Atau Insitu
Membawa maksud ia telah dijumpai dalam tempat asalnya dan tidak ada perubahan. Contohnya yang dapat dilihat di Tapak Kota Tampan, dimana ditemui bengkel kerja membuat alat-alat batu seperti batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa-sisa repehan dan alat-alat batu yang lain. Bengkel ini belum terganggu dan ditinggalkan dalam keadaan asal dan repehan rata dibawah untuk membolehkan kedudukan batu stabil. Tapak bengkel kerja itu dalam keadaan yang asal atau insitu dan ini bermakna tapak ini belum diganggu(20) .

Tinggalan infiltrated
Tinggalan arkeologi yang dikesan dalam lapisan itu adalah bukan sezaman dengan jumpaan dalam lapisan itu kerana lapisan atas telah terjatuh ke dalam lapisan lebih bawah sebab ganggunan stradigrafi seperti penggalian lubang untuk pengkuburan. Selalunya ia adalah dalam kajian komponen pelbagai. Penggalian di Gua Cha telah dilakukan dengan teliti dan ia merupakan komponen pelbagai menurut Sieveking. Dia kebudayaan yang wujud ialah Hoabinhian dan neolitik. Kebudayaan hoabinhian dijumpai dilapisan tebal yang tanahnya berwarna coklat tua yang mempunyai barang hoabinhian seperti alat-alat batu, tinggalan sissa manusia dan sisa tulang haiwan yang kesemuanya dalam kuantiti yang besar. Sementara itu, kebudayaan neolitik pula dijumpai di lapisan tanah hitam berbatu yang terletak di lapisan yang lebih atas lapisan tanah coklat tua. Disini dijumpai kubur-kubur yang disertakan dengan barangan pengkebumian seperti tembikar, alat batu yang sudah digilap, rantai, manik cengkerang, sudu cengkerang dan gelang batu. Kedua-dua lapisan tanah semulajadi ini terpisah oleh lapisan tanah sterile deposit yang tidak mengandungi sebarangt tinggalan arkeologi. Mungkin terdapat gangguan stradigrafi yang disebabkan oleh hakisan.

Tinggalan Residual
Ia juga berlaku di tapak komponen pelbagai, ia bukan yang berusia tua daripada benda-benda lain di lapisan itu. Di gua Niah telah dijumpai tengkorak Homosapien. Melalui kaedah radiokarbon 14 arang kayu yang berhampiranb dengan tulang tengkorak itu adalah berumur kira-kira 40 000 tahun(21) . Namun penemuan Robert Fox di Pualu Palawan Filipina telah dijumpai tengkorak yang serupa. Manusia homosapien diantara Gua Niah dan Pulau Palawan di Filipina adalah sama kerana tanah besar adalah bersambungan di zaman air batu (Pleistosen)(22) .

STRADIGRAFI MENDATAR
Bermaksud kajian yang dijumpai dalam lapisan yang sama. Prinsip Assiocian Finds atau kajian kumpulan sekutu apa yang dujumpai dalam satu lapisan yang sama adalah sezaman dengan syarat tidak ada gangguan dan ia bukanlah barang warisan. Di Kota Tampan, 12 jenis tanah telah diambil dari bahagian yang berbeza. Didapati contoh tanah adalah sama dengan abu gunung berapi di Tasik Danau Toba. Abu itu dipertarikhkan melalui kaedah Fission Track lebih kurang 31000 300 B.P(23) dan dianggarkan ianya 30 000 tahun dahulu.

DATA NEGATIF
Dimana tidak ada sesuatu di tapak itu. Ini penting sebab boleh memberi pentafsiaran yang baik bagi tapak itu. Contohnya di Muara Sungai Sawarak zaman proto sejarah, Tom Harrison telah menjumpai pusat perdangangan, banyak tembikar China di jumpai zaman Sung dan Yuan tetapi tidak dijumpai tembikar biru putih dari zaman ming. Berdasarkan ini maka penafsian yang dibuat ialah perdagangan maritim telah lenyap sebelum zaman Ming.

KESIMPULAN
Dalam arkeologi data-data yang diseutkan di atas tadi adalah amat penting penggunaannya kerana dengan cara inilah sesuatu data atau bahan-bahan tinggalan zaman dahulu akan dapat dikenal pasti sama ada ia sahih atau tidak dari segi kegunaannya dan sama ada ia berusia lebih tua atau tidak dan dengan ini kita akan dapat mengenalpasti sama ada data itu boleh digunakan sebagai bahan bersejarah atau hanya satu penipuan atau satu kesilapan pentafsiran bahan-bahan arkeologi. Dalam hal ini ketelitian amatlah penting

NOTA KAKI

1. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 5
2. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 6
3. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 3
4. John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979, hlm 1 yang berbunyi "Archaeology is the study at man's past activities and it includes the examination and assessment of all his requirements for living"
5. Dikslit, S. K, An Introduction To Archaeology, Bombay, Calcutta, 1955, hlm 1. Petikan itu berbunyi "The word" archaeology is to be devided from 'archaios meaning 'ancient' and iogos meaning 'knowledge'."
6. John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979, hlm 1
7. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 9
8. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 5
9. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 33-34.
10. Thomas R. Hester, Field, Methods In Archaeology,Mayfield, California, 1975, hlm113
11. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 8
12. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 36
13. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 7
14. Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak, Jabatan Muzium, Kuala Lumpur, 1977, hlm 26
15. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 2
16. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 46
17. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 45
18. Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, hlm 6-7
19. Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, hlm 7-8
20. Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, hlm 814-815.
21. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 7
22. Tom Harrison, Zaman Batu Di Malaysia, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972, hlm 1-3
23. Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, hlm 816



BIBLIOGRAFI


Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975,
Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak, Jabatan Muzium, Kuala Lumpur, 1977,
Dikslit, S. K, An Introduction To Archaeology Bombay, Calcutta, 1955,
Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990,
Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991,
Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995,
John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979,
Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980,
Thomas R. Hester, Field, Methods In Archaeology,Mayfield, California, 1975,
Tom Harrison, Zaman Batu Di Malaysia, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996,


Balik