Make your own free website on Tripod.com

PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP BELANDA ABAD 17 & 18

PENGENALAN

Belanda mula memberi perhatian kepada gugusan Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641).
Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.

PENENTANGAN NANING
Tertakluknya bandar Melaka menyebabkan Naning yang berada dipedalaman Melaka menjadi milik Belanda. Perjanjian 15 Ogos 1641 berikutan persetujuan Penghulu Naning (Orang Kaya Datuk Seraja Merah I) mengembalikan pampasan perang kepada Belanda telah tidak dipersetujui oleh orang-orang Naning yang kemudiannya diambil kesempatan oleh Belanda menghantar Alexander Mendes ke Naning bertujuan: hendak menyelesaikan hura-hara tetapi sebaliknya menetapkan hak kekuasaan Belanda di Naning . Perjanjian ditandatangani bersama Gabenor Van Twist mengandungi 23 fasal diantaranya ;
1. Naning mengaku membayar kepada Belanda tiap-tiap setahun satu cabutan 1/10 daripada hasil-hasil padi buah-buahan dan lada hitam.
2. Menyerahkan sesiapa orang Naning yang bersalah melawan Belanda dihukum. Dan lain-lainnya
Namun syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi oleh Naning kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan Belanda. Pada akhir 1641, angkatan Belanda pimpinan Jan Menie mengganggu Sungai Penajis dengan menangkap dua perahu orang Naning sebagai hukuman keengganan tersebut. Pada mac 1642 angkatan ini bersama 12 perahu membawa 50 askar pergi ke Naning mengambil ufti tetapi gagal kerana berlaku kekacauan di Naning ketika itu.
Oktober 1642 orang Naning meminta bayaran ufti dibayar dengan wang atau lada hitam dan belanda dikehendaki menjual lada hitam dengan harga 30 Crusados setiap satu bahara tetapi tindakan Belanda menghalau Tok Lela Pahlawan menyebabkan keengganan mereka membayar ufti dan timbul beberapa penentangan antaranya pada 1643 angkatan Kapten Laurens Forsenburg dan Jan Menie bersama 6 askar Belanda terbunuh semasa dalam perjanan ke Rembau. Begitu juga angkatan bantuan Gabenor Jeremics Van Vliet bersama 20 orang diserang handap oleh orang Rembau dalam hutan di antara Naning dengan Rembau.
Bantuan seterusnya juga diserang hendap mengakibatkan tiga puluh askar terbunuh dan sebuah peti yang mengandungi 14000 ringgit di ambil oleh orang Rembau . Belanda bertindak balas menyebabkan tiada pertempuran berlaku. Tetapi pada Ogos 1644 seramai 1000 orang Naning menyerang Belanda menyebabkan menyebabkan pada Februari 1645 Belanda membakar Kampung Melekik dan membianasakan kebun buah dan sawah padi serta membakar rumah dan menebang 800 batang pokok kelapa menyebabkan Naning terpaksa meminta perdamaian dan menerima beberapa syarat.Tetapi keberatan membunuh tiga orang datuk-datuk dari Naning dan Rembau seperti yang di kehendaki oleh Belanda untuk mengelakkan permusuhan berpanjangan Belanda menyetujui permintaan tersebut . Semenjak itu hingga beberapa tahun lamanya tiada berlaku perselusihan antara Naning dan Belanda. Pada 1675 Belanda menggantikan ufti dengan 400 gantang padi sehingga kepada 200 gantang kerana masalah kemiskinan Naning ketika itu . Akhirnya pada 1801 Naning ditakluki oleh British dan Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning.

PENENTANGAN PERAK (1651)
Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .
Pada 1651 penentangan trimbul apabila Temenggung dan orang Perak menyerang dan memusnahkan loji Belanda serta membunuh 27 orang Belanda menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan pengkalan di Perak . Pada 1655 Jeneral di Betawi menghantar wakilnya di Perak bagi memperbaharui perjanjian dengan menuntut ganti rugi sebanyak 50000 rial yang menyebabkan kerosakan lojinya. Tetapi Perak tidak mematuhi peraturan tersebut ini menyebabkan Belanda mengepung Perak beberapa bulan dan kesannya orang Perak bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.
Pada 1670 Belanda datang ke Perak membina Kota Kayu diPulau Pangkor. Pada 1674 dan 1677 khabar-khabar mengenai serangan Thailand menyebabkan Perak bersetuju dengan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor bertentangan dengan Sungai Dinding . Pada 1678 Gabenor Bort menyatakan orang-orang Perak telah menampakkan kemahuan bersehabat dengan Belanda dan melayan mereka dengan adil dalam hal perdagangan .
Pada 1685 sekali lagi orang Perak menyerang kubu Belanda di Pangkor seterusnya 2 Disember 1690 Panglima Kulup Ali bersama 300 orang menyerang Belanda di Pulau Pangkor menyebabkan Belanda berundur dan markasnya di Pulau Dinding ditutup . Belanda cuba merundingkan satu perjanjian baru tetapi didapati sukar mencapai kata sepakat daripada pembesar. Selama 50 tahun sebarang hubungan dengan Belanda telah terputus sama sekali. Pada 1693 Belanda tidak membenarkan sesiapa membina markas di Pulau Dinding. Oleh itu Belanda mengarahkan supaya meletakkan batu penanda dibina di Pulau Pangkor sebagai tanda ianya milik Belanda .

PENENTANGAN JOHOR (1782)
Sepanjang kurun ke 16 Johor telah menjadi mangsa serangan dari kuasa Acheh dan Portugis yang berhasrat menguasai urusan ekonomi dan politik di sekitar Selat Melaka. Dalam keadaan begini Johor telah membantu Belanda mengalahkan Portugis di Melaka. Bagi menghargai bantuan Johor ini Belanda telah menandatangani perjanjian memberi hak-hak istimewa kepada Johor yang tidak diberikan kepada kerajaan- kerajaan tempatan lain, adanya jaminan perlindungan ini Johor bebas dari ancaman Portugis dan Acheh . Kesannya Johor berkembang dalam perdagangan dan mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Melaka sebelum ini. Sebelum tahun 1782 ada berlaku Perak perselisihan antara Belanda dan Johor tetapi tidak mencetuskan petempuran. Sehinggalah peristiwa Belanda merampas kapal British iaitu Betsy yang membawa muatan sebantak 1154 buah peti besi yang berisi candu yang berlabuh di Pulau Bayan (Perairan Riau) . Hasil rampasan tersebut di bahagi dua dengan Nakhoda Perancis. Tindakan ini diketahui oleh Raja Haji yang berada di Pulau Penyengat segera datang ke Muar berunding dengan Gabenor Melaka untuk menuntut bahagiannya kerana dalam perjanjian dengan Belanda menyatakan setiap rampasan oleh Belanda diperairan Johor hendaklah dibahagi bersama tetapi perbincangan tersebut gagal mencapai kata sepakat. Dengan ini Raja Haji menolak perjanjian yang pernah dibuatnya dengan bberdasarkan pernyataannya "Apalah gunanya perjanjian yang syaratnya setengah dipakai dan setengah tidak itu " selain itu beliau juga mengganggu perniagaan Belanda di Selat Melaka. Ini menimbulkan kemarahan Gabenor Belanda di Melaka dengan menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka's Welvaren, tetapi kedua-duanya meletup dan semua anak kapal terbunuh. Dalam masa yang sama Sultan Selangor iaitu Sultan Ibrahim dibantu oleh orang Rembau telah menyerang di sepanjang sungai Melaka hingga ke Batang Tiga. Mereka telah membakar rumah-rumah di Tanjung Keling dan disekitarnya ini menyebabkan Gabenor Belanda di Melaka mengarahkan angkatan Belanda di Riau kembali ke Melaka bagi menghadapi peperangan daripada Selangor dan Rembau tersebut .
Pada awal Februari 1784 Sultan Ibrahim ke Riau meminta bantuan Raja Haji menentang Belanda di Melaka. Ada diantara raja-raja Bugis tidak enyetujui penyertaan Raja Haji sebaliknya Raja Haji memikirkan perjuangannya menentang Belanda di Melaka disamakan dengan perang jihad serta kesungguhan Sultan Selangor (anak saudaranya) datang sendiri menjemputnya pergi berperang.
Pada Jun 1784 angkatan kapal perang Belanda iaitu Utrecht di pimpin oleh Jacob Pieter Van Braam pergi ke Melaka membawa 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil disertai 2130 orang dan 326 meriam berlabuh di Teluk Ketapang bertujuan menyerang markas di Tanjung Palas di bawah pimpinan Raja Haji . Dalam pertempuran tersebut Raja Haji telah terkorban. Keadaan ini menyebabkan angkatan Riau kembali ke Muar manakala Sultan Ibrahim berundur ke Selangor dan orang Rembau kembali ke Rembau.
24 Jun 1784 adanya bantuan daripada kapitan Melayu dan beberapa orang tua di Melaka membolehkan mayat Raja Haji di Teluk Ketapang di bawa ke bandar Melaka disemadikan di Pulau Penyengat dan dikenali dengan gelaran "Marhum Teluk Ketapang" dikatakan mayat Raja Haji hendak dibawa menaiki Dolphijn yang berlabuh diperlabuhan Melaka secara tiba-tiba ia meletup dan terbakar. Seramai 203 orang anak kapal dan semua askar terbunuh. Orang-orang Belanda menyatakan melihat cahaya api memancar keudara dari peti keranda Raja Haji sehingga dikenali sebagai Raja Api .
Berikutan kekalahan Riau ini pada 10 November 1784 Riau terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda. Antara isi perjanjian tersebut ;
1. Kerajaan Riau dan perlabuhannya dimiliki oleh Belanda
2. Semua bijih timah dijual kepada Belanda di Melaka dengan harga 36 ringgit Sepanyol setiap satu bahara
3. Orang Bugis tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran Johor termasuk memakai gelaran Yamtuan dan lain-lain.
Jun 1785 Belanda menghantar David Ruhde ke Riau sebagai residen Belanda tetapi tidak disenangi oleh Sultan Mahmud dan baginda meminta Raja Tempasuka menghantar bantuan menyerang Belanda di Riau. Mei 1787 Belanda dikalahkan namun pada masa yang sama Belanda berjaya menduduki semula Riau manakala Sultan Mahmud berpindah ke Lingga.

PENENTANGAN SELANGOR
Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Raja Muhammad Ali Ibn Raja Alam serta anak saudaranya Sayid Ali dari Siak membantu Belanda menentang Selangor. Ogos 1784 askar pimpinan Jacob yang menaiki kapal Utrecht berjaya menawan Kota di Kuala Selangor iaitu Kota Alpingsburg yang berada di atas bukit Tanjug Keramat serta mendirikan sebuah kubu iaitu kubu Van Braam. Sultan Ibrahim, Raja Nala, Sayid Jaafar dan kerabat-kerabat berundur ke hulu selangor kemudiannya ke Bernam dan terus ke Pahang berjuma Tun Abdul Majid . Setelah Belanda menawan kuala Selangor mereka melantik Raja Muhammad Ali sebagai pemangku Yang Dipertuan Selangor dibantu oleh Sayid Ali. Kemudiannya Raja Muhammad balik ke Siak digantikan oleh Sayid Ali dan beliau cuba mempengaruhi masyarakat supaya bekerjasama dengan Belanda tetapi gagal.
Selama setahun Belanda menguasai Selangor, pada pertengahan 1785 Sultan Ibrahim di Pahang dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid membawa bersama 2000 orang menyerang Belanda di Selangor. Mereka tiba di Tiram Buruk hingga sampai di Permatang, disinilah dengan bantuan Pengawa Permatang Sultan Ibrahim melancarkan serangan ke Kuala Selangor.
Pada 27 Jun 1785 seramai 2000 orang Selangor dibantu oleh Sayid Jaafar dan Pengawa Permatang menyerang Belanda secara mengejut dan berjaya mengalahkan Belanda sehingga mereka berundur ke Melaka. Kekalahan Belanda menyebabkan Sayid Ali melarikan diri ke Siak dan Sultan Ibrahim menaiki takhta semula tetapi pada Juali 1785 Belanda menghantar 3 buah kapal besar dan beberapa perahu mengepung Kuala Selangor menyebabkan beras dan barang makanan naik harga menadatangkan kesusahan kepada rakyat manakala perniagaan dengan saudagar Melaka merosot setelah setahun akhirnya kedua-dua pihak berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 .

KESIMPULAN
Penentangan terhadap Belanda yang wujud di Tanah Melayu adalah disebabkan tindakan Belanda yang mencari keuntungan semata-mata. Daripada penentangan tersebut didapati orang-orang Melayu bukan sahaja berupaya melemahkan pertahanan Melaka bahkan mempunyai pertahanan yang kuat seperti di Riau di bawah Raja Haji. Kemerosotan Belanda membawa kehadiran British di Naning. Melalui perjanjian 1824 (Perjanjian London) antara British dan Belanda menunjukkan Tanah Melayu ini seperti "sebiji kek dibahagi kecil-kecil mengikut kemahuan negara-negara Barat bagi kepentingan ekonomi meraka"


NOTA AKHIR 4. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Edisi kedua, Dewan Bahasa dan 5. Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 96
6. Buyung Adil, Perjuanagn Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 hingga 19, Dewan Bahasa dan 7. Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, hlm 78
8. Ibid, hlm 79
9. Ibid. Hlm 82
10. Ibid, hlm 83
11. Ibid, hlm 86-87
12. Ibid, hlm 93
13. Andaya, Barbaya W. E., Andaya Leonard Yang, Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm 14. 70
15. Barbara, Watson Andaya, Perak: The Abode Of Grace A Study Of An Eighteent Century Malay State, 16. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1979, hlm 46
17. Andaya, Op.cit, hlm 70
18. Barbara, Op.cit, hlm 49
19. Ibid, hlm 50
20. Ibid, hlm 51
21. Andaya, Opcit, hlm 79
22. Buyung Adi, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971, hlm 133
23. Ibid, hlm 134
24. Ibid
25. Ibid, hlm 135-136
26. Ibid, hlm 138
27. Ibid, hlm 140
28. Ibid, hlm 139
29. Ibid, hlm. 141-142
30. Op.cit,Perjuanagan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 110
31. Ibid, hlm 112


Balik