Make your own free website on Tripod.com
UNSUR-UNSUR PERIBUMI DAN PENGARUH ASING DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN MASYARAKAT SEBELUM ABAD 18

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan, unsur-unsur asli bermaksud kebudayaan orang yang asal keturunannya, lahir dan tinggal di sebuah negeri ataupun orang asli penduduk asal sesebuah negeri (bukannya orang asing atau mendatang). Menurut G. Coedes penduduk eribumi Nusantara pada zaman prasejarah sudah memilih peradaban mereka sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha pertanian padi, menternak binatang, menguasai ilmu pelayaran dan penggunaan. Sementara itu dari segi agama dan kepercayaan, Linton membuat hipotresis bahawa orang melayu pada zaman prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada kuasa-kuasa luar biasa dan animis me, makhluk alam ghaib yang menguasai alam semesta 1. secara ringkasnya masyarakat asli telah sedia ada mempunyai kepercayaan animisme dan tantrayana yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur lain. Maksud bagi pengaruh luar pula adalah kebudayaan yang berasal atau datang dari daerah atau negeri lain ataupun bukan tempatan punya 2. Antara unsur luar yang ada di alam Melayu ini seperti Hindu-Buddha dan islam. Hindu dianuti oleh penduduk d situ iaialah aliran Brahmaisme. Menurut catatan Fa-Hsien, penduduk Jawa Barat menyembah berhala dan menganut fahamana agama Hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan Visyanisme. Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kasymir, India bernama Gunaarman telah mengunjung alam Melayu untuk emnyebarkan agama Buddha. Dalam laporan I-Tsing menyatakan bahawa raja-raja di Sumatera menganut agama buddha. Dan Islam mulai tersebar di alam melayu sejak abad ke 13 masihi. Agama ini beratkap di pasai kira-kira sekitar tahun 1297 masihi dan di Terangganu 1303 masihi 3. Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini perkembangan dalam masyarakat telah berlaku begitu juga dengan kebudayaan Melayu. Perkembangan ini, meliputi bidang politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Ini adalah hasil dari percampuradukan budaya yang dibawa dari pengaruh Hindu-Buddha dan Islam dengan pengaruh tempatan iaitu animisme dan Tantrayana.
POLITIK
Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yang kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan 4. Pada peringkat awalk susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkamppungan seperti dewasa ini 5. Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat bermula dari organisasi desa, suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Dengan itu struktur organisasi politik Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri, menurut Ralph Linton, organissai politik penduduk alam Melayu sebelum dipengaruhi peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketui oleh pemimpin mereka yang beranama penghulu. Seringkali permasalahan pentadbiran pada peringkat desa tersebut dibincangkan melalui mesyuarat dikalangan anggotanya terutaman dikalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada ketika ini unit yang terkecil itu penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau berasal dari suku yang sama 6.
         Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam melayu, organisasi politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang kcil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian,. Ketua negara yang memimpin kerajkaan dinakaman raja iaitu istilah yang dipnjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan. Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi Melayu-Hindu 7. Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung 8.
         Selepas raja melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut ‘daulat’. Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh Hindu 9.
KEPERCAYAAN
Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud dikalangan suku-suku primitif 10. Dalam kepercayanan rakyat di nusantara terdapat anggapn bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, disebuah Pulau yang terletak dibarat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu orang yang menjadi musuh dimati pada masa hidupnya. Dimana mereka percaya roh simatai akan menjelma kembali ke tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat auatu bai k. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan yang Maha Esa. kEpercayaan yang dapt kita lihat disini adalah kepercayaan kepada keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk tempatan kepada roh dan semangat.
Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan orang Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan beramal dengan mengenepaikan kebendaan dan kemewahan dunia 12. Yang demikian tidaklah menghairankan jika dinegeri-negeri dimana kepercayaan Brahma berkembang pada satu ketika, seperti di kepulauan Melayu, maka kepercayaan kepada keramat yang boleh melakukan sesuatu yang ajaib khususnya mendapat sambutan dikalangan penduduknya. Kerana kepercayaan kepada keramat kebetulan secocok dengan kepercayaan kepada orang-orang sihir dan dukun. Tetapi pemujaan keramat dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur mereka 13. Upacara dimakam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang bewarna-warni atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah amalan yang dibawa oleh orang India Islam. Persembahan biasa yang terdiri daripada telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemaelayuan 14, walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.
Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam p emikiran orang Melayu hingga dewasa ini 15. Walaupun ada fahaman dan amalan baru, kepercayaan dan upacara peribumi tidak tersingkir, penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang dalam struktur kepercayaan rakyat Melayu yang kompleks itu.

ADAT ISTIADAT
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian 16. Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya 17. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa 18. Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan lunas Islam 19. Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan ni kah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.

KESENIAN
Dalam bidang kesenian, pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sesab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dindingnya patung dewa Logam yang berupa arca. Terdapat patung dewa trimurti iaitu Siva, Vishnu dan Brahman dalam pelbagai bentuk dan gaya. Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga Teratai. Selain hiasan ini terdapat 'relief' yang menggambarkan sesuatu cerita, antaranya berd asarkan kitab Ramayana. Daripada barang-barang logam pula, terdapat arca dan benda lain seperti lampu, talam pedupan dan sebagainya. Jika dikaji dari segi fungsi pembinaan candi ini, didapati pengaruh peribumi masih kuat pengaruhnya, sebenarnya candi-candi bukanlah kuil tempat pemujaan dewa-dewa seperti di India, tetapi lebih merupakan tempat pertemuan rakyat dengan roh nenek moyangnya terutama roh raja-raja. Contohnya candi Borobodur, sungguhpun bangunannya berbentuk stupa (tempat menyimpan abu mayat Buddha) namun pada hakikatnya adalah makam nenek moyang 10 orang Raja Sailendra. Tafsiran yang paling tepat tentang candi itu ialah pada satu pihak ia mencerminkan nilai tertinggi Buddha-Mahayana, sedangkan pada satu pihak yang lain bermaksud untuk memuja nenek-moyang dinasti Sailendra.
Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada sen i Bali yang disebut 'Meru'. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar. Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.

KESUSASTERAAN
Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat peribumi sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui car pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan sesuatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan. Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang terdapat pada masyarakat Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kedatangan unsur luar telah memperkayakan lagi unsur peribumi ini.
Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan telah diserapi oleh pengaruh ini. Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri Rama, Rama Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisa peribumi masih menebal. Setelah kedatangan pengaruh ini bahasa sanskrit telah dipilih sebagai bahasa pengucapan intelektual, tetapi ia lebih merupakan bahasa golongan elit. Bagi rakyat jelata bahasa ini amat asing, ini menyebabkan pengaruhnya terbatas dalam lingkungan kraton sahaja. Tentang pengaruh epik pula, harus dibezakan di antara sifat-sifat asal epik itu dengan cerita-cerita yang terdapat di Nusantara. Pada hakikatnya, cerota Srirama di Nusantara adalah saduran bebas, bukannya terjemahan asli. Sehingga bersifat indonesia asli, hanya bahannya sahaja yang dipinjam. Seolah-olah Melayu meminjam bahan asing untuk melahirkan diri sendiri.
Keperibadian sendiri lebih jelas jika dilihat pada cerita-cerita panji diJawa, bukannya daripada pengaruh Hindu. Pengaruh Hindu pula bukan terb atas di Jawa, bahkan hingga ke Thailand dan Kemboja. Jadi disini bukan sahaja masyarakat Nusantara mempunyai keperibadian sendiri, malah berjaya pula menyebarkan pengaruhnya keluar daerahnya sebagaimana epik-epik India tersebut.Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai segala isi ceritanya, miskipun orang melayu sudah menganut agama Islam selama beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia dan Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di Nusantara, proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam ddan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam. Mengenai kaedah yang pertama, cara yang dilakukan ialah memasukkan unsur Islam ke dalam sastera yang berasaskan epik Hindu yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabrata. Kaedah yang kedua ia dilakukan untuk mengimbangi atau mengambilalih cerita-cerita yang berteraskan kedua-dua epik tersebut.
Sesusasteraann dimulakjan dengan cara lisan kemudian diajarkan pula tulisan huruf arab (jawi), dan mulalah ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang berkaitan dengan ugama. Contohnya, seperti kitab-kitab risalat Dua Kalimah shahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya lagi. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah Nabi, kitab fekah, tafsir al-Quran, hikayat Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan islam menyebabkan kesusasteraan masyarakat peribumi semakin berkembang. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke hari ini. Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.

KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan dan tidak semua dihapuskan. iNi disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh asing, unsur lama masih lagi boleh diterap atau digunakan dalam pengaruh itu dengan mencampuadukkan kebudayaan-kebudayaan itu. Mamenglah tidak mudah untuk masyarakat untuk menerima pengaruh luar tetapi kebudayaan -kebudayaan yang dibawa oleh pengaruh luar itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan unsur asli. Dan dari sini perkembangan masyarakat, budaya asli boleh berkembang. Ditambah lagi dengan kedatangan pengaruh Islam telah mencelikkan masyarakat dan memperbaiki lagi kebudayaan dengan lebih mendekati Tuhan.



NOTA AKHIR
  1. Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 11-12.
  2. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995
  3. Ismail Hamid, op.cit, hlm 49-60
  4. Syed Husin Ali, nilai Sosial Politik asas kebudayaan kebangsaan, Kuala lumpur, 1973, hlm 126
  5. Ismail Hamid, op.cit, hlm 12
  6. Ibid, hlm 122-124
  7. Muhammad yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm 141.
  8. Ismail Hamid, op.cit, hlm 125-126
  9. Ibid, hlm 127
  10. Ibid, hlm 29
  11. Ibid, hlm 63
  12. Mohd. taib Osman dan Wan Kadir Yusof, Kajian Budaya dan masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlm 113
  13. Ibid, hlm 116
  14. Ibid, hlm 121
  15. Ismail Hamid, Op.cit, hlm 63-64
  16. A. Aziz Deraman, Masyarakat dan kebudayaan Malaysia, KKBS, Kuala Lumpur, 1975, hlm 51
  17. Ibid, hlm 54
  18. H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1964, hlm 91
  19. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia warisan dan perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 43
  20. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia warisan dan perkembangan(edisi kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm
  21. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah dan perkembangan Hingga Abad ke-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1990, hlm 52.


Balik