PERBANDINGAN PEMERINTAHAN MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT


PRAKATA

Esei ini diperbuat adalah untuk memenuhi syarat 30% markah keseluruhan bagi kertas AEEA2312, Sejarah Amerika Syarikat Moden. Keterangan esei ini adalah atas diri saya sendiri sebagai pelajar yang menuntut dalam bidang Sejarah sebagai bidang pengkhususan. Soalan yang diberikan yang rasanya begitu mencabar dengan diri saya iaitu satu kajian perbandingan sains politik antara dua buah negara yang mempunyai pelagai bentuk persamaan dan lebih menjurus kepada perbezaan antara keduanya. Sebagai menjawab soalan pertama “Sila buat satu kajian perbandingan antara sistem pemerintahan kerajaan Amerika dan Malaysia. Apakah persamaan dan perbezaan yang ujud antara dua jenis sistem pemerintahan ini?” . Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menerangkan tentang perbandingan pemerintahan kedua-dua negara ini dibandingkan dengan diri yang belum lagi memasuki bidang tersebut sebagai satu kerjaya. Amerika adalah sebuah negara yang telah merdeka lebih 200 tahun dahulu manakala Malaysia yang baru berusia empat dekad tentunya mempunyai pelbagai perbezaan dengan Amerika. Britain yang telah menjajah negara ini sejak tahun 1870-an dan sebelum itu Portugis tahun 1511 menyebabkan sistem pemerintahannya adalah pelbagai,lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai kerajaan gemilang sebelum terjajah iitu sebuah empayar Melaka dan Empayar Johor selepas Melaka. Percampuran antara sistem Barat dan Timur bercampuraduk dengan nilai yang ada, ditambah lagi dengan ras-ras yang ada diTanah Melayu, ritus-ritus yang mereka miliki dan Agama Islam yang dianuti adalah berbeza denagn Amerika yang mempunyai sejarah yang lampau dengan penemuan Columbus dari Barat dan menetap terus sebagai peribumi Amerika walaupun wujud peribumi asal (Red Indian). Amerika yang memiliki Agama  Kristian menambahkan lagi perbezaan ini.
      Namun apapun yang berbeza dari segi dalaman masyarakatnya negara itu sendiri mempunyai perbezaan dan persamaan dalam hal-hal lahiriah iaitu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang begitu kompleks untuk difahami dengan lebih mendalam. Saya sebagai pelajar cuba menghuraikan antara perbandingan kedua-dua negara ini sebagai panduan dan sebagai bantuan kepada rakan-rakan yang lain. Tidak dilupa ialah untuk mendapatkan markah 30% bagi kertas ini.
      Saya mengucapkan terima kasih keatas rakan-rakan yang membantu menyalurkan idea dan Pensyarah saya; Puan Shakila yang banyak menghuraikan tentang sistem pemerintahan dan Sejarah Amerika Syarikat dalam bilik kuliah dan bilik tutorial. Diharap dengan terhasilnya esei ini akan menambahkan lagi kita tentang sejarah Amerika Syarikat (sebuah negara Maju dari tangan rakyatnya sendiri).
      Sebagai pelajar pastinya saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kekurangan dan segala kekurangan itu adalah dari diri saya sendiri dan segala ketepatan itu adalah berasal dari Allah swt. Oleh itu, kesilapan dan kekurangan ini dapatlah kiranya dimaafkan.

Sekian, Wassalam

Madzani @ Saidie Nusa
Jabatan Sejarah
Universiti Malaya Kuala Lumpur.

30 November 1997


PENDAHULUAN
Apabila kita membicarakan tentang sistem pemerintahan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat maka kita harus mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan istilah kerajaan seperti yang ditakrifkan oleh Mary Jane Turner;

“Government is made up of political and administration institutions that have the following powers; they make and enforce low for a group; they decide the goals for the group; and they distribute rewards and benefits within the group  ”

manakala Peter Wool pula menyatakan bahawa;

“Government as that organ of the state which exercises the highest autority so as to provide security and justice according to laws or custom that allow the rewards of society to be distributed peacefully ”

Melalui istilah yang dikemukakan ini, ini bermakna kerajaan itu adalah untuk segolongan rakyat yang mahukan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang membolehkan sesuatu urusan itu berjalan dengan lancar dan licin. Bagi Malaysia dan Amerika Syarikat apa yang penting adalah sistem pemerintahan yang dijalankan itu membolehkan sesebuah negara ditadbir dengan mengikut cara yang tersendiri. Melalui ini juga sistem pemerintahan antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah berbeza antara satu sama lain walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa bahagian atau sebahagian besar sistem pemerintahan Malaysia dan Amerika Syarikat adalah sama. Perbezaan dan persamaan sistem pemerintahan ini adalah berdasarkan kepada negara masing-masing, iaitu perlulah diketahui bahawa Malaysia adalah mengamalkan sistem ‘demokrasi berparlimen ’ manakala Amerika Syarikat pula adalah sistem ‘demokrasi Berpresiden ’.
 Daripada sini kita dapat melihat bahawa apa juga yang dilakukan adalah mengikut sistem ini, Malaysia adalah bekas jajahan Britian dan hampir kesemua sistemnya masih lagi dipengaruhi oleh sistem Britain manakala Amerika Syarikat pula adalah sebuah jajahan yang telah bebas sejak lebih 200 tahun yang lalu dan kemerdekaan Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada kegiatan orang Amerika Syarikat sendiri seperti George Washington, James Madison, Edmund Randolph, George Mason, Alexander Hamilton dan beberapa orang lagi yang telah membuat perlembagaan Amerika Syarikat. Manakala Malaysia perlembagaannya dibentuk oleh orang Barat atau Britain sendiri dan perlembagaan itu sendiri hampir meliputi keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia manakala di Amerika Syarikat perlembagaannya adalah kabur dan membolehkan ianya boleh ditaksirkan dengan mengikut kemahuan rakyat Amerika Syarikat sendiri tetapi tidak dengan Malaysia  hinggakan hampir setiap tahun ada sahaja perlembagaan Malaysia yang dipinda. Setakat ini Amerika Syarikat hanya membuat sebanyak 26 pindaan sahaja sepanjang perlembagaan itu terbentuk dan ‘Bill of Rights’ adalah pindaan yang dilakukan untuk kebebasan rakyat Amerika Syarikat dan dibentuk sekali iaitu pada tahun 1791

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan persekutuan Malaysia ialah undang-undang induk dan undang-undang yang tertinggi. Ini bermakna tidak ada undang-undang lain yang diperbuat dalam negera ii yang boleh di iktiraf sah melainkan undang-undang tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan . Malaysia dan Amerika Syarikat mengamalkan undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan Malaysia adalah beradsarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun Februari hingga Julai 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957 iaitu beberapa hari sebelum kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 dan perlembagaan ini mula dilaksanakan di Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri ini memasuki Malaysia pada tahun 1963 iaitu Sarawak pada 12 September 1963 dan Sabah 16 September 1963 dan tarikh ini adalah tarikh dimana hanya Sabah dan Sarawak sahaja menyambutnya dan 31 Ogos adalah diseluruh negara  . Manakala Amerika Syarikat pula adalah berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1787 disusun dan dikuatkuasakan pada 1789. Perlembagaan ini harus diikuti oleh semua sisem pemerintahan Amerika Syarikat dan rakyat Amerika Syarikat agar pelaksanaan pentedbiran dan peraturan kehidupan dapat dilaksanakan tanpa gangguan dan boleh ditaksirkan mengikut pandangan individu.
 Dalam hal undang-undang Malaysia pula badan perundangan persekutuan boleh juga membuat undang-undang berkenaan  dengan perkara-perkara negeri jika negeri-negeri itu bersetuju. Mungkin juga mustahak mengadakan undang-undang yang sama diseluruh negara mengenai perkara-perkara tertentu . Dalam beberapa hal semua undang undang Malaysia dibuat di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara  dan sesiapa Menteri pun boleh mengusulkan agar sesuatu rang undang-undang dibuat Kecuali Rang undang-undang Kewangan, dan semua rang undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewan Rakyat atau di Dewan negara tetapi pada masa ini, semua rang undang-undang dimulakan di Dewan Rakyat . Dan berdasarkan ini juga semua rang undang-undang boleh diedarkan dalam parlimen oleh menteri kerajaan. Rang undang-undang sendiri (private Bill) boleh diedarkan oleh mana-mana ahli parlimen. Ahli parlimen tidak boleh mengedarkan rang undang-undang yang berkaitan dengan wang (Money Bill) melainkan ia menteri kewangan .
Bagi Malaysia, sesuatu rang undang-undang itu di Malaysia adalah dibaca sebanyak tiga kali iaitu;
1. Bacaan Pertama, ianya dibaca secara ringkas sahaja atau rangkanya sahaja.
2. Bacaan kedua, bacaan kali ini akan dibincangkan dengan hangat dan peringkat ini adalah yang terpenting dalam pelaksanaan undang-undang negara Malaysia.
3. Perbincangan peringkat jawatankuasa, peringkat ini hanya perbincangan terhad kepada butir-butir undang-undang itu sahaja dan disusun mengikut keutamaan.
4. Bacaan ketiga, bacaan kali ketiga ini adalah sebagai makluman kepada ahli dewan tentang perbincangan jawatankuasa dan menteri yang berkenaan meminta agar undang-undang ini diluluskan
Setelah undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Rakyat maka ia akan disampaikan kepada Dewan Negara untuk dibacakan dan dibahaskan dan peringkatnya adalah sama seperti pembacaan di Dewan Rakyat . Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat maka ia akan dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan. Apabila rang undang-undang diperkenankankan maka ia akan menjadi undang-undang. Akan tetapi jika tidak ada cadangan supaya undang-undang itu dilaksanakan dengan serta merta satu tarikh akan ditentukan bagi melaksanakannya . Namun , kerajaan hendaklah mewartakan sesuatu rang undang-undang itu kepada umum untuk tatapan umum ini adalah kerana “ membuat siaran dalam warta merupakan suatu tindakan yang perlu dari segi undang-undang sebelum suatu undang-undang itu berjalan dan berkuatkuasa. Mengikut perlembagaan Malaysia sesuatu akta parlimen tidak berkuatkuasa sehingga ia telah disiarkan”. Oleh itu kita boleh merujuk kepada perlembagaan Malaysia perkara 66 (5) . Bagi Amerika Syarikat pula undang-undangnya diperbuat hampir sama dengan Malaysia yang mana ia dibincangkan di kalangan para perwakilan Kongres
     Keluluusan undang-undang hanya boleh didapati setelah Presiden telah menandatangani sesuatu akta Presiden juga boleh menolak rang undang-undang dengan tidak menandatangani selama sepuluh hari masa bekerja. Namun kuasa veto untuk membatalkan undang-undang yang tela;h diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan undi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang ada pada Presiden . Begitu juga halnya di Malaysi iaitu sesuatu rang undang-undang jika tidak diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan dianggap sebagai telah diperkenankan oleh baginda .

BADAN-BADAN KERAJAAN
Untuk membincangkan sistem pemerintahan antara kedua-dua negara ini kita harus mengetahui badan-badan pemerintah yang terlibat. Bagi negara Malaysia badan kerajaan adalah terdiri daripada tiga badan utama iaitu;
1. Badan perundangan;
2. Badan eksekutif ;
3. Badan kehakiman ;

Untuk menerangkan sistem ketiga-tiga badan di atas. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dibawah  subtajuk-subtajuknya.

Manakala Amerika Syarikat pula, hampir sama dengan Malaysia hanya bezanya ialah sistem pengasingan kuasanya begitu ketara iaitu tidak ada satu badan pun yang boleh terlibat antara satu sama lain, dan badan  Perundangan Amerika Syarikat terdiri daripada dua bahagian iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan manakala i malaysia adalah Dewan rakyat dan Dewan Negara. Amerika Syarikat juga mempunyai ketiga-tiga badan iaitu;

  1. Badan Perundangan
  2. Badan Eksekutif; badan ini diketuai oleh Presiden dan bukan Perdana Menteri atau Yang DiPertuan Agong seperti diMalaysia.
  3. Badan Kehakiman; mengikut perlembagaan Amerika Syarikat badan ini adalah terasing dengan Badan Perundangan dan Badan Eksekutif dan bebas untuk menolak sebarang undang-undang yang dibuat oleh badan Perundangan sekiranya didapati tidak menepati kehendak perlembagaan dan  Badan Kehakiman.

Keterangan lanjut juga diberikan berdasarkan ketiga-tiga subtajuk-subtajuk yang akan saya kemukakan.

BADAN PERUNDANGAN
DiMalaysia terdapat dua dewan utama dalam Badan Perundangan iaitu Dewan Negara, Dewan negara terdiri daripada ahli yang dipilih, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh Majlis Perundangan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri . Di Malaysia ada 13 buah negeri dan tiap-tiap sebuah Majlis Perundangan Negeri memilih 2 orang daripada ahlinya menjadi ahli Dewan Negara. Tujuannya ialah supaya pandangan-pandangan kerajaan Negeri dapat dikemukakan dalam Dewan Negara itu oleh ahli-ahli yang dipilih oleh majlis perundangan Negeri. Bagi wilayah persekutuan, ada 3 orang ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong iaitu  dua orang mewakili Wilayah perasekutuan Kuala Lumpur dan  seorang wakil Wilayah persekutuan Labuan . Selain itu dalam perlembagaan persekutuan Yang DiPertuan Agong boleh  melantik 40 orang ahli yang difikirkan mempunyai pandangan-pandangan yang berfaedah bagi dewan itu. Mereka itu ialah orang yang ternama yang telah membuat jasa cemerlang . Ketua Dewan Negara ialah yang dipertua  Speaker yang dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara .
      Selain Dewan Negara terdapat satu lagi Dewan iaitu Dewan Rakyat. Ketua Dewan Rakyat ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat. Beliau tidak semestinya daripada ahli Dewan Rakyat . Dewan Rakyat adalah ahli-ahli parti yang telah menang dalam pilihanraya yang diadakan iaitu pilihan raya perungkat Dewan Undangan negeri (DUN) dan Parlimen. Perdana Menteri sendiri hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat.
Peranan utama kedua-dua dewan ini adalah untuk membuat undang-undang kecuali Rang undang-undang Kewangan, semua rang undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewan Rakyat atau di Dewan negara tetapi pada masa ini, semua rang undang-undang dimulakan di Dewan Rakyat
      Tetapi di Amerika badan perundangannya adalah terdiri daripada  Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kedua-dua dewan ini juga adalah pembuat undang-undang dengan pelbagai proses. Badan perundangan di Amerika adalah juga dipanggil Kongres. Ahli-ahli dewan senat juga dipanggil Senator dan mereka ini hanya mempunyai masa selama 6 tahun sebagai senator. Ahli Dewan senat adalah 100 orang iaitu mewakili 2 orang bagi satu negeri, Amerika mempunyai 50 buah negeri  manakala ahli dewan perwakilan pula mempunyai jangka masa dua tahun tetapi mereka ini bukanlah mengikut negeri tetapi mewakili rakyat berdasarkan bilangan orang yang ada dinegeri mereka makin banyak bilangan penduduk disesebuah negeri makin ramailah ahli perwakilan yang mewakili bagi sesebuah negeri. Kedua-dua Dewan ini adalah mereka yang membuat undang-undang dan mereka ini mempunyai peranan masng-masing dalam pelaksanaan pentadbiran dan pemerintahan Amerika Syarikat. Keterangan lanjut tentang kongres akan diterangkan dibawah.

BADAN KEHAKIMAN
Apabila membincangkan tentang kehakiman haruslah diingat bahawa di Malaysia parlimen ialah kuasa tertinggi kerana kuasa perundangan terletak ditangan parlimen. Ini bermakna parlimen boleh menukar perlembagaan jika sekiranya parlimen menghendaki . Manakala Di Amerika kuasa yang tertinggi ialah perlembagaan Amerika dan Kongres sebagai pembuat undang-undang tetapi badan kehakiman mempunyai kuasa untuk menolak sebarang undang-undang yang dianggap oleh mereka tidak sesuai, ini boleh dilihat melalui keterangan Ahmad Atory Hussain iaitu;

“Di Amerika Syarikat, mahkamah tertinggi (agung) diberikuasa mentafsir sam ada akta Kongres itu sah ataupun tidak . Mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada undang-undang itu sah ataupun tidak. Dengan itu, sukarlah ahli-ahli politik yang menang mengambil peluang ini untuk mengubal undang-undang demi kepentingan pari mereka ”.

Di Malaysia jenis mahkamah yang ada  ialah; Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah rendah yang dibahagi kepada Mahkamah syesyen, Mahkamah Majistret kelas satu dan kelas dua, Mahkamah Juvana untuk remaja bawah 18 tahun yang melakukan jenayah, mahkamah anak negeri atau dipanggil juga Mahkamah penghulu, Mahkamah Syariah tentang sistem perundangan Islam. Selain itu terdapat badan-badan yang berkaitan dengan undang-undang seperti, Jabatan Peguam Negara, Biro Bantuan Guaman untuk membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan peguambela, Jabatan harta dan pegawai penerima yang mengendalikan harta orang-orang yang diistiharkan muflis dan Jabatan pemegang amanah raya dan pentadbir pusaka yang berkaitan dengan memegang amanah harta pusaka orang yang telah meninggal dunia . Manakala di Amerika mereka mempunyai beberapa mahkamah yang menjalankan perjalanan kehakiman
     Di Malaysia dan Amerika seseorang Hakim tidak boleh diberhentikan kecuali dengan alasan tidak berkelakuan baik ataupun tidak dapat menjalankan kerja kerana uzur atau fikirannya tidak sihat . Ini membuktikan bahawa di Malaysia dan Amerika kebebasan kehakiman adalah terjamin . Seseorang Hakim itu tidak mempunyai satu jangka masa yang khusus untuk menjadi Hakim ia boleh menjadi hakim seumur hidupnya berdasarkan beberapa aspek yang lain  seperti Penyakit, kewarasannya, keuzrannya, dan umurnya. Di Malaysia  seseorang Hakim itu dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri yang berbincang dengan Ketua Hakim Negara . Manakala di Amerika kelayakan Hakim adalah berdasarkan kelayakannya. Ini tidak bermakna di Malaysia tidak mementingkan kelayakan, Malaysia juga mementingkan kelayakan tetapi ia berdasrkan juga dengan pengalaman seseorang dan atas kehendak dan nasihat Perdana Menteri setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara.

BADAN EKSEKUTIF;
Yang DiPertuan Agong di Malaysia adalah sebuah lambang sebuah negara yang berdaulat tetapi Yang DiPertuan Agong bukanlah badan executive. Ini kerana badan eksekutif adalah terletak pada Perdana Menteri yang memegang kuasa pentadbiran dan pemerintahan negera dan sebagai penggerak. Walau bagaimanapun Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya sendiri  mengikut perkara 40 (2) dalam perlembagaan Malaysia iaitu ;
1. melantik Perdana Menteri
2. tidak mempersetujui permintaan membubar parlimen
3. meminta supaya diadakan suatu mesyuarat majlis Raja-Raja
selain itu Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan. Yang DiPertuan Agong  mempunyai kuasa untuk melantik ahli Dewan Negara seramai  40 orang dan tiga orang dari Wilayah persekutuan. .  Yang DiPertuan Agong juga boleh melantik Setiausaha Parlimen sebagai ketua pentadbir di parlimen yang menjadi Setiausaha Dewan Rakyat. Perlantikan ini adalah berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri.  Selain itu, Yang DiPertuan Agong boleh melantik Hakim Mahkamah Tinggi dengan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja . Perdana Menteri sebelum memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong tentang pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Perdana Menteri hendaklah membincangkan lantikan itu dengan Ketua Hakim Negara dan hakim Besar (kecuali lantikan hakim Besar)
 Bagi Amerika Syarikat pula, Presiden adalah ketua Eksekutif dan kuasanya adalah berdasarkan kuasa Veto yang diberkan kepadanya oleh perlembagaan Amerika Syarikat, Iaitu;

  1. Kuasa eksekutif, ini adalah kerana Presiden adalah ketua eksekutif yang menjalankan pemerintahan di Amerika Syarikat dan memastikan ia berhati-hati supaya undang-undang dalam perlembagaan digunakan sebaik mungkin seperti apa yang dilaksanakan oleh Presiden Eisenhower antara tahun 1957-1960 tentang Akta Hak Asasi . Yang DiPertuan Agong adalah sebagai ketua negara dan menjadi ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mengandungi Sultan sebagai pemerintah iaitu seperti Melaka dan Pulau Pinang. Ini kerana bagi negeri-negeri yang mempunyai sultan, ketua Agama Islam adalah terletak pada Sultan Itu sendiri . Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula tidak ada Ketua Agama Islam dan ia tertakluk kepada negeri-negeri itu sendiri .
  2. Menolak rang undang-undang dengan tidak menandatangani selama sepuluh hari masa bekerja. Namun kuasa veto untuk membatalkan undang-undang yang tela;h diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan undi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang ada pada Presiden . Yang DiPertuan Agong Malaysia pula apabila sesuatu rang undang-undang tidak diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan dianggap sebagai telah diperkenankan oleh baginda .
  3. kuasa sebagai panglima tertinggi tentera, perlembagaan Amerika Syarikat memberi peluang  dan kuasa kepada Presiden untuk bertindak tegas jika negaranya diancam musuh atau kuasa lain. Hal ini berlaku sejak Presiden Abraham Lincoln yang memerintah Amerika Syarikat, ketika itu Amerika Syarikat sedang mengalami perang saudara dan untuk emngatasi masalah ini Lincoln telah meminta persetujuan Kongres untuk mengubahsuai perlembagaan untuk memberikannya “kuasa berperang” dan ini menyebabkan Presiden pernah menghantar angkatan bersenjata Amerika Syarikat  Korea, Lebanon, Republik Dominica dan Vietnam tanpa kebenaran Kongres, semata-mata untuk mengimbangkan kuasa Amerika Syarikat.  Di Malaysia pula Yang dipertuan Agong adalah Panglima tertinggi tentera.
  4. Kuasa pengampunan; kuasa mengampun Presiden sangat luas dan ia boleh mengampunkan siapa sahaja dari peringkat bawah hingga ke [peringkat tinggi. Ini terbukti apabila Presiden Ford telah mengampunkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ada 1941 yang terlibat daam skandal ‘Watergate’. Yang Dipertuan Agong pula mempunyai kuasa pengampun tetapi tidaklah sebesar kuasa Presiden kerana kuasa pengampunnya adalah berdasarkan nasihat Perdana Menteri Malaysia dan Jemaah menteri yang lain setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara dan Majlis Raja-Raja. Namun ini bukan bermakna Yang Dipertuan Agong tidak boleh mengampun dengan tanpaa nasihat Jemaah menteri. Ia selalu dilakukan pada masa Hari Pertabalannya yang juga dikenali sebagai Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong..
  5. Kuasa menandatangani perjanjian, Presiden mempunyai kuasa untuk menandatangani sesuatu perjanjian. Seseorang Presiden diberi kuasa eksekutif oleh perlembagaan dan Kongres untyuk mengadakan perundingan dengan negara-negara luar. Namun Kongres akan sentiasa mengawasi segala tindakan Presiden. Di Malaysia kuasa menandatangani terletak pada Perdana Menteri atau menteri yang dilantik.
  6. kuasa melantik pegawai-pegawai berjawatan tinggi, dari segi perlembagaan Presiden berkuasa melantik hakim Mahkamah Agung, duta, menteri dan pegawai kerajaan yang penting. Namun Presiden harus memberitahu Kongres segala perjalanan jentera pentadbirannya.

Di Amerika Syarikat, Presiden yang sama boleh berkuasa selama dua penggal sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan Presiden daripada menjadi diktator atau menyeleweng( seperti Rasuah dan menggunakan wang untuk pentingan dirinya dan salah guna kuasa) . Menurut perlembagaan Amerika Syarikat Presiden hanya mempunyai dua term sahaja iaitu selama lapan tahun selepas itu dia tidak lagi boleh memegang jawatan Presiden, kecuali pada masa Presiden Franklin Roosvelt sahaja yang dipilih selama empat term (ia hanya sempat menghabuskan selama tiga term sahaja kerana ia telah meninggal sebelum sempat menghabiskan term yang keempat) . Tetapi di Malaysia Yang DiPertuan Agong akan memegang kuasa selama 5 tahun sahaja. Selepas itu ia akan digantikan oleh Sultan yang lain mengikut susunan nama Majlis Raja-Raja.  Perdana Menteri Malaysia pula tidak mempunyai satu jangka masa yang tetap ia berdasarkan kemenangan partinya dalam pilihan raya dan ia boleh memerintah selama mana yang ia kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan atau peralihan dasar yang ada dan menyebabkan dasar tidak dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran Perdana Menteri yang kerap. Oleh kerana itulah Malaysia selama kemerdekaannya selama 40 tahun hanya terdapat empat orang Perdana Menteri sahaja iaitu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
 Ini berlainan dengan Presiden keranl Presiden adalah dilantik oleh parti dan pemilihan calon presiden diadakan tiap-tiap empat tahun dan proses pemilihan calon dijalankan berperingkat-peringkat;
1. Tahap pertama berlaku diperingkat wilayah,
2. Tahap kedua, dipilih melalui konvensyen parti iaitu peringkat negeri,
3. Tahap ketiga pemilihan oleh peringkat tertinggi yang mengandungi 35 orang ahli.
4. Tahap akhir ialah pemilihan peringkat kebangsaan dan hanya seorang sahaja layak untuk bertanding bagi sesebuah parti .

Presiden adalah pemegang kuasa ketua eksekutif dan memastikan perjalanan pentadbirannya berjalan denagn lancar oleh kerana itu Presiden juga memegang kuasa dalam sistem birokrasi negara.

KONGRES DAN KABINET
Kabinet di Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak kuasa . Ini adalah kerana yang banyak kuasa adalah Kongres . Presiden sebagai ketua Kabinet, walaupun presiden mempunyai kuasa veto untuk membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan undi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang ada pada Presiden. Malah Kongres mempunyai kuasa pendakwaan terhadap sesiapa sahaja pemimpin yang berasalah, termasuk presiden sendiri. Ini dapat dilihat apabila Presiden Andrew Johnson pernah didakwa oleh Dewan Perwakilan kerana dasar beliau yang bekerjasama dengan bekas kakitangan negeri-negeri bagi kepentingan politiknya . Presiden Nixon telah disiasat dan diminta meletakkan jawatan kerana Skandal ‘watergate’. Ahli-ahli Kongres diberikan kebebasan untuk mengemukakan sebarang kenyataan dalam perbahasan yang diadakan. Mereka tidak boleh ditangkap, kecuali kenyataan mereka boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara. Meskipun demikian, Mahkamah Agung mempunyai kuasa untuk menyoal Kongres atas dakwaan menerima rasuah ataupun terlibat dalam penyelewengan semasa pilihanraya. Kongres juga mempunyai kuasa untuk menyingkirkan ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukan dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres .
       Kongres adalah sama seperti badan perundangan diMalaysia iaitu ialah yang membuat undang-undang tetapi Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Ini kerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden .      Walaupun Presiden merupakan ketua perundangan, tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolak ataupun menerima sebarang cadangan yang dibawa oleh Presiden . Semua kuasa dipusatkan di tangan Kongres.  Ini berdasarkan perlembagan Amerika Syarikat yang menyatakan;

“all the legislative power herein granted shall be vested in a Congress.... ”

Kongres dalam perlembagaan Amerika Syarikat mempunyai kuasa khusus iaitu, enam fasal menumpukan soal-soal kewangan dan perdagangan, tujuh fasal pula tentang hal-hal yang berkaitan tentang pertahanan negara . Kuasa mengawal dan menentukan kewangan merupakan salah satu fungsi paling lama dan penting dalam Kongres. Kepentingan kewangan inilah yang menyebabkan revolusi Amerika Syarikat bercogankatakan “ tiada cukai tanpa Perwakilan” . Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan jumlah perbelanjaan dan jumlah wang yang diperlukan oleh Presiden dan kerajaannya. Ini semata-mata untyuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif oleh Presiden .
      Kongres juga boleh mempengaruhi rakyat dengan menyampaikan isu-isu kepada rakyat . Seperti penyiasatan keatas Presiden Nixon pada 1973 berhubung skandal “watergate” dan skandal “irongate” semasa pemerintahan Ronald Reagan.
       Menurut perlembagaan Amerika Syarikat artikel pertama dan tiga, ahli-ahli dewan diberi kuasa untuk memilih Speaker dan pegawai lain untuik mengetuai dewan tersebut. Speaker ini dipilih oleh majoriti ahli dewan dalam masa permulaan satu-satu sidang Kongres . Speaker adalah ketua dewan bagi Dewan Perwakilan manakala di Malaysia, speaker terdiri daripada orang yang berkecuali dan tidak menganggotai mana-mana parti politik .  Di Amerika Dewan Senat dan Dewan Perwakilan mempunyai peranan masing-masing sebagai sebuah badan perundangan dan mereka ini mempunyai pegangan masngmasing dalam pentadbiran negara Amerika.

PEMBAHAGIAN DAN PENGASINGAN KUASA
Pada hakikatnya, teori pengasingan kuasa ini bermaksud badan yang mengubal undang-undang (parlimen) menjalankan urusan mengubal undang-undang sahaja dan tidak melibatkan diri dalam bidang kehakiman dan badan eksekutif. Begitu juga dengan badan pemerintahan ia tidak boleh campur tangan dalam bidang badan kehakiman dan mengubal undang-undang. Akhir sekali badan kehakiman tidak boleh campurtangan dalam bidang mengubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan . Tetapi di Malaysia konsep atau teori ini tidak dijalankan secara tegas dan secara menyeluruh kerana badan pemerintahan juga kadang-kadang terlibat dalam  kuasa mengubal undang-undang dan badan kehakiman ini dapat dilihat bilamana Perdana Menteri akan memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong siapa yang layak dilantik sebagai Hakim setelah membincangkannya dengan Ketua Hakim Negara  dan Perdana Menteri sebagai ahli Dewan Rakyat juga membolehkan ia membentuk suatu undang-undang  bersama-sama menteri yang lain. Seperti yang dinayatakan oleh Ahmad Atory Hussein;

“ walaupun parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang, namun sebahagian besar undang-undang negara itu digubal oleh badan eksekutif, seperti menteri di kementerian tertentu.  ..... Sebagai sebuah negara persekutuan, kuasa dibahagi-bahagikan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri . Ini dilihat bilamana parlimen mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang persekutuan, manakala Dewan undangan Negeri pula mempunyai peruntukan dari segi mengubal undang-undang bagi negeri berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya percanggahan antara undang-undang bagi negeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan adalah dipakai dan undang-undang negeri itu akan terbatal setakat yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan .”

Tetapi di Amerika Syarikat teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnya  kerana perlembagaan negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-udang (kongres) tidak menjalankan pemerintahan atau mempunyai kuasa kehakiman . Yang menjalankan kuasa pemerintahan ialah Presiden dan badan kehakiman boleh membatalkan sesuatu rang undang-undang yang dibentuk oleh Kongres apabila badan kehakiman mendapati ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ini berdasarkan perlembagaan Massachusettes yang menyatakan;

“dalam pemerintahan negeri ini (Amerika Syarikat), badan penggubal undang-undang tidak akan menjalankan kuasa memerintah dan kuasa kehakiman atau salah satu daripadanya. Badan kehakiman tidak menjalankan kuasa pemggubal undang-undang kuasa memerintah atau salah satu daripadanya, dan ini ialah supaya terdapat pemerintahan secara undang-undang dan bukannya secara manusia” .
 
      Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Ini kerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden . Institusi berpresiden yang terasing daripada Kongres juga menghalang ketua negara (Presiden) daripada menggunakan Kongres demi kepentingan diri sendiri . Oleh kerana itu, di Amerika terdapat satu sistem yang dipanggil juga sistem’ Check and balance’ antara Presiden dan Kongres untuk memestikan tidak ada salah guna kuasa.  Boleh dikatakan bahawa disamping Kongres bekerjasama dengan Presiden dalam hal-hal penggubalan dasar luar dan dalam negeri,   Kongres juga mmepunyai fungsi lain. Antaranya Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan bentuk kewangan dan jumlah perbelanjaan negara .

PENGGANTUNGAN KUASA
Di Malaysia penggantungan kuasa hanya boleh dilakukan apabila terdapat bukti apabula seorang pemerintah atau rakyat bersalah. Kebanyakan pengantungan kuasa menteri yang berlaku adalah atas nasihat Perdana Menteri. Oleh kerana sehingga sekarang hanya terdapat empat orang Perdana Menteri dan tidak ada Perdana Menteri yang didapati menyeleweng maka tidak jelas sesuatu penggantungan kuasa oleh Yang Dipertuan Agong kerana Yang Dipertuan Agong sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya melucutkan jawatan orang lain tanpa nasihat Jemaah Menteri. Sehingga sekarang, hanya seorang Perdana Menteri yang Melepaskan jawatan iaitu Tunku Abdul Rahman  dan seorang meninggal iaitu Tun Abdul Razak.
      Bagi negara Amerika pula, sistem penggantungan kuasanya adalah atas arahan Kongres dan ahli kongres sesama ahli kongres boleh melucutkan jawatan yang lain termasuklah Presiden dengan hanya mendapat dua pertiga undi sahaja seperti mana yang dinayatakan oleh Ahmad Atory Hussain.

“Kongres juga memmpunyai kuasa untuk menyingkirkan ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukan dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres ”.

Seperti mana Skandal ‘Watergate’ menyebabkan kongres telah menyiasat Presiden Richard Nixon dan Presiden Nixon telah meletakkan jawatan sebelum tamat tempohnya atas desakan Kongres. Penggantungan kuasa ini boleh juga ditakrifkan sebagai satu sistem untuk menukarkan pemerintahan. Seperti yang diterangkan di atas iaitu Presiden hanya ada dua term sahaja dan senator  hanya boleh bertahan selama enam dan ahli Dewan perwakilan pula selama 2 tahun sahaja.

SISTEM PARTI DAN DWIPARTI
Di Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem yang diambil dari Britain mengamalkan sistem parti politik yang pelbagai. Politik partisan bererti suatu perjalana politik adalah berpihak kepada parti yang menang atau memerintah . Sejak Merdeka terdapat sebuah Parti yang memegang tampuk pemerintahan iaiatu Parti perikatan dan sekarang Parti Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai parti didalamnya dan parti-parti lain ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS), DAP, MCA, MIC, PBS, dan beberapa buah lagi parti lain. Selama 40 tahun merdeka hanya Parti Perikatan (Parti Barisan Nasional) yang memegang tampuk pemerintahan dan Perdana Menteri malaysia ialah seramai 4 orang sahaja iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
       Bagi negara Amerika pula, mereka lebih suka mengamalkan sistem dua parti dan sistem dwipartisan ditakrifkan sebagai satu ideologi. Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, parti politik digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi perkhidmatan awam . Oleh kerana itu, Sistem politik yang diamalkan di Amerika Syarikat tidak berpihak kepada parti yang menang, sebaliknya ahli-ahli kongres yang terdiri daripada dua buah parti (Republikan dan demokrat) saling kerjasama memerintah demi kepentingan negara dan rakyat, dan bukannya demi kepentingan parti masing-masing . Dan berdasarkan ini rakyat Amerika tetap hanya mengundi kedua-dua parti sahaja dan parti-parti lain tidak wujud kerana di Amerika Syarikat terdapat tiga faktor kenapa rakyat Amerika Syarikat lebih meminati sistem dua parti iaitu ;

Perlembagaan; Amerika Syarikat mengamalkan pemilihan seorang wakil daripada sebuah daerah memang menimbulkan persaingan tetapi tidaklah hebat. Kemudiannya ia akan dipilih berdasarkan peringkat-peringkat yang telah diterangkan di atas dan inilah yang menyebabkan hanya terdapat dua sistem sahaja di Amerika Syarikat.

Psikiologi; rakyat Amerika Syarikat dikatakan telah biasa dengan sistem dua parti seperti yang dinyatakan oleh Frank J. Sorauf . Rakyat Amerika Syarikat hanya mempunyai dua pilihan sahaja ia cukup meyakinkan bahawa sistem tersebut adalah terbaik untuk  diamalkan.

Kemasyarakatan; rakyat Amerika Syarikat diaktakan sebagai masyarakat konsesus  dan ini bermakna bahawa mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hak-hak sebagai warganegara. Mereke sedar parti-parti lain tidak berupaya mewakili mereka kerana Republikan dan Demokrat ternyata terlalu berpengaruh.

          Melalui ini kita maklum bahawa terdapat perbezaan antara kedua-dua sistem dan ini adalah sebagai satu langkah negara dan parti masing-masing untuk terus memerintah dan perubahan dasar adalah tidak besar. Bagi Malaysia sistem pelbagai parti adalah untuk membolehkan rakyatnya mempunyai peluang untuk mentadbir walaupun hanya satu parti sahaja yang mendominasikan negara tetapi dengan kewujudan parti lain ini bermakna parti yang menang tidak boleh suka-suka membuat pelbagai perubahan yang menyusahkan rakyat dan menyeleweng kerana dengan ini mereka boleh jatuh dengan mudah, kesemuanya bergantung kepada rakyat yang mengundi. Tetapi di Amerika mereka hanya terdapat dua parti yang dominan, ini adalah untuk memudahkan pentadbiran dengan tidak terdapat perubahan dasar yang drastik dan membolehkan kongres mengawal sistem pentadbiran dan bukannya pada presiden semata.

GOLONGAN BERKEPENTINGAN
        golongan ini adalah golongan yang “a group of people who organize to influence public policy ” golongan ini telah mendominasikan rakyat Amerika Syarikat dan mereka ini adalah golongan yang amat berkepentingan kerana mereka ini membolehkan sebuah negara seperti Amerika Syarikat bertambah maju. Manakala di Malaysia golongan ini dilantik menjadi Ahli Dewan Negara dan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Malaysia juga memiliki organisasi yang menguruskan kepentingan awam sebagaimana Amerika Syarikat.

AKTA DAN KEBEBASAN
        di Amerika Syarikat kebebasan rakyatnya boleh dilihat apabila terbentuknya atau pindaan perlembagaan yang dipanggil sebagai “Bill of Rights” (lihat lampiran L) iaitu menerangkan kebebasan rakyat Amerika Syarikat terutama memiliki senjata sebagai keselamatan diri mereka dan mereka juga bebas menyuarakan pendapat serta pandangan mereka sama ada di media atau Surat khabar kerana media dberi kebebasan untuk menulis aapa sahaja selagimana ia tidak mengancam keselamatan negara. Untk melihat akta ini lihhat lampiran yang disediakan. Di Malaysia media dipegang oleh kerajaan dan media tidak bleh menyiarkan sebarang berita yang boleh dianggap meruntuhkan kerajaan atau menyebabkan kekacauan berlaku antara rakyat ini berdasarkan apabila rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berlaku sebaran medialah yang menyebabkan hampir seluruh negara dilanda permasalahan ini apablia media tidak dikawal dan bebas menyatakan pandangan mereka ini kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan sistem tulisan yang pelbagai dan dengan ini apabila media tidak dikawal maka mereka boleh menyebarkan dakyah mengikut cita rasa mereka sendiri oleh itu Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengawal kebebasan media.
       Berdasarkan ini jugalah dikatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai demokrasi yang lebih baik kerana kebebasan yang diamalkan oleh negara itu. Namun ini bukan bermakna negara lain tidak berdemokrasi tetapi semua ini adalah dilakukan untuk menjamin pentadbiran dan keselamatan negara terjamin.

KESIMPULAN
      Berdasarkan huraian yang dinyatakan tadi bolehlah dinyatakan bahawa Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai beberapa perbezaan dan beberapa persamaan dari segi pemerintahan. Perbezaan dan persamaan ini hanyalah sebagai satu proses untuk mentadbir dan memerintah negara dengan lebih berkesan dan ini membolehkan sesuatu negara itu aman dan selamat mengikut sistem pemerintahan yang dijalankan.
       Amerika Syarikat yang mempunyai 50 buah negeri berbanding Malaysia yang mempunyai 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan  menjadikan Pemerintahan dan pentadbiran Malaysia dan Amerika Syarikat adalah berbeza. Sistem demokrasi Berparlimen Malaysia adalah berbeza dengan sistem Demokrasi Berpresiden Amerika Syarikat yang yang berbeda walaupun kedua-dua negara ini sama mengamalkan sistem berdemokrasi.
        Jadi nyatalah persamaan dan perbezaan antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah semata-mata untuk melicinkan pentadbiran yang dijalankan di negara masing-masing dan rakyat kedua-dua negara juga telah boleh menerima keadaan ini tanpa membandingkan dengan negara lain atas sebab kelicinan negara  masing-masing.



NOTA AKHIR
 
  1.   Mary Jane Turner, American Government: Principles and practices, Charles E. Merrill publishing, Ohio, 1983, hlm 8
  2.   Peter Wool, Sidney E. Zimmerman, American Government:the Core, , Mcgraw-hill Publishing Company, New York 1987., hlm 2-3
  3.    ,Ibid, ms 8. Ia menerangkan bahawa “parliamentary democracy is the term applied to that system of legislative-executive relations in which the top members of the executives branch are part of and responsible t the legislative body. The chief members of the administration are called the cabinet.... the head of the executives branch is called the prime minister.”
  4.   Ibid,ms 9. Ia menerangkan bahawa “ presidential democracy, the chief of the executive branch of the goverment is chosen by the peolpe independently of the legislative membership. Both the legislative and executive branches are responsible directly to the people.
  5.   Rollin, Bennett Posey, American Government (Edisi Kelima), Littlefield, New Jersey 1964, hlm 8.
  6.   John C. Shea, American Government and Politics (edisi kedua), st. Martin’s Pess, New York, 1987, hlm 121. Lihat juga Robert Weissberg, Understanding Americans Government, Random House School Division, New York, 1988, hlm
  7.   Hashim Yeop A. Sani, Bagaimana Undang-Undang Kita Diperbuat, Dewan Bahas dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 2.
  8.   Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, 1991  , hlm
  9.   ibid, ibid,ibid,ibid,ibid, op.citibidIbidIbid,  ibid  ibidop.cit, Abdul Aziz. Op.citIbid ,Ibid ,op.citop.citibid,op.cit,Abdul Ahlm 14
  10.   ziz, ohlm. 15
  11.   Hashim Yeop A. Sani, p.cit,, hlm 33-34
  12.    m 45. Yang kemudiannya dIbidIbid ,IbidIbidhlm 16-17, lihat juga Ahmad Atory Hussain, Sistem Pemerintahan dan pentadbiran barat: Suatu Tinjauan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996,  hlm 38-39.
  13.   Ibid hlm 17
  14.     Ibid,hlm 17.
  15.   Hashim Yeop A. Sani,  hlm 60
  16.   Robert O’connor, Politics And Structure:Essential At American National Government (Edisi Kelima), Brooks Publishing Company, California, 1990, hlm 105. Lihat juga T. Jangam, American Goverment And Politics, Vikas Publishing House, New Delhi, 1976, hlm 290.
  17.   Ahmad Atoryu Husseinid Ibid  hlm 71
  18.   Abdul Aziz Hussin, Memperkenalkan undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995 , hlm. 18
  19.   badan eksekutif adalah badan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri akan dibantu oleh menteri-menteri yang lain. Selain itu perlu kita tahu bahawa yang diPertuan Agong juga adalah lambang kedaulatan negara Malaysia dan ia juga kadangkala dirangkumkan dibawah badan eksekutif tetapi selalunya ia diletakkan dibahagian badan perundangan keranan peranannya di dalam badan eksekutif tidak ketara selain sebagai lambang kedaulatan negara , Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan dan menjalankan beberapa urusan yang lain dengan nasihat Perdana Menteri dan menteri-menteri kerajaan yang lain.
  20.   badan kehakiman adalah badan yang bebas daripada kedua-dua badan tersebut tetapi ianya selalu dipengaruhi oleh badan-badan ini kerana undang-undang dibuat oleh badan perundangan yang kebanyakan ahlinya adalah dari kalangan badan eksekutif. Oleh itu, di Malaysia badan Kehakiman juga bukanlah terlalu bebas kerana Hakim dilantik atas nasihat Perdana Menteri yang merupakan ketua badan Eksekutif.
  21.   Ibid Ihlm 14
  22.   Ibid, hlm 15
  23.   Ibid, Hlm. 15
  24.   Ibid, hlm 19
  25.   Ibid, hlm 19
  26.   Ibid, hlm. 15
  27.   Ibid, hlm 27
  28.   Ahmad Atory Hussain, op.cit,  hlm 47
  29.   Ibid, hlm 47
  30.   Ibid, hlm 12-21.
  31.   Ibid, hlm 27
  32.   Ibid, hlm 27
  33.  , Ibid, hlm28
  34.   Malaysia Kita, op.cit , hlm. 8
  35.    Abdul Aziz Hussain, hlm 14-15
  36.   Ibid, hlm 28
  37.   Ibid, hlm 28
  38.   Ahmad Atory Hussein, op.cit,  hlm 72
  39.   Malaysia Kita, op.cit , hlm 8
  40.   Malaysia Kita, ibid  , hlm 9
  41.   Ahmad Atory Hussein, op.cit hlm 71
  42.    Abdul Aziz hussain, hlm. 18
  43.   Ahmad Atoryu Hussein, hlm 49-50
  44.   Ahmad Atory Hussain, , hlm 70
  45.   Malaysia Kita, , hlm 9.
  46.   Ahmad Atoryu Hussein, hlm 67
  47.   Ahmad Atory Hussain, hlm 75
  48.   Ahmad Atoryu Hussein, yang kemudiannya didapati tidak bersalah. Lihat halaman 57.
  49.   Ibid,  hlm 54
  50.   Ibid , hlm 48
  51.   Ibid,  hlm 55
  52.   Ibid,    hlm 55
  53.   Ibid,  hlm 55
  54.   Ibid,  hlm 56
  55.   Ibid,  hlm 56 dan 59
  56.   Ibid,  hlm 58
  57.   Ibid,, hlm 59
  58.   Ibid,  hlm 59
  59.   Ibid,,  hlm 41
  60.    American Government, op.cit, hlm 28
  61.   Ibid,  hlm 41
  62.   Ibid,  hlm 31
  63.   Ibid,  hlm 31
  64.   Ibid,,  hlm 41
  65.   Ibid,  hlm 41
  66.   Ibid,  hlm 48
  67.   Ibid,  hlm 48
  68.   Ibid,  hlm 59
  69.   Ibid,  hlm 54
  70.   Ibid,  hlm 44
  71.   Ibid,,  hlm 44
  72.   Ibid,,  hlm 48
  73.   Ibid,, hlm 83-84
  74.   Ibid,, hlm 84. Frank menyatakan bahawa; “american’s in other words, are willing to make the kinds of compromises necessary to bring heterogenous groups of voters into two politica parties”
  75.   Peter Wool, op.cit, hlm 83. golongan ini dipanggil sebagai golongan berkepentingan kerana peranan mereka dalam masyarak Amerika "…. benifits, or right that groups or individual have or would like to have. Some area that people have interest in, are business, worlds, envorment, health, education, religion, race, nation, state, city, town and so forth. Becouse interest a shared by greater”.
  76.   John J. Harrigan, Politics and the American Future, Random House, new York, 1987, hlm 189-190

Balik