Pengaruh gay dalam penulisan

Oleh: ???????


AWAL September adalah permulaan musim gugur di Iowa. Ketibaan musim ini juga menandakan bermulanya ''musim-musim'' lain yang tidak kurang menariknya.   

Selain daripada bermulanya semester baru universiti, musim football (American Football) turut membuka tirainya. Setiap hujung minggu ada saja perlawanan yang melibatkan pasukan Hawkeye (pasukan Universiti Lowa) dalam siri liga Ten - yang akan menyaksikan pasukan terbaik layak ke perlawanan akhir di Super Bowl.   

Sekiranya Hawkeye menjadi tuan rumah (di Stadium Kinntek yang boleh memuatkan 60,000 penonton _- jumlah penduduk Iowa City), mulai hari Jumaat (perlawanan pada hari Sabtu) hingga hari Ahad sebahagian besar pelajar universiti dan penduduk Iowa City dihinggapi demam football.  

Bagi peminat teater, Iowa City juga tidak mengecewakan. Selain panggung-panggung di Bangunan Teater, Universiti Iowa dan Riverside Theater, beberapa buah auditorium lain turut menyediakan ruang untuk persembahan.   

Musim teater telah bermula dengan mementaskan Blood Brothers dan empat buah drama di Riverside Theater bulan lalu, sementara Oktober ini Atuh Misbehavin Raymond dan Things Fall Apart (daripada novel Chinua Achebe) pula dipentaskan.  

  Musim akan datang karya Tom Steppard Areadia akan diangkat ke pentas teater UT, sebuah bangunan yang tersergam di tebing Sungai Iowa.  

Pada musim gugur juga peminat filem dapat melihat banyak filem baru diputarkan. Dalam masa sebulan setengah yang lalu, tidak kurang 20 filem baru telah ditayangkan di pawagam Iowa City (12 pawagam tidak termasuk pawagam Bijou milik Universiti Iowa).  

  Antaranya ialah Thousand Acres, The Edge, The Game, The Full Many, Kiss the Girls, The Peacemaker, U-Turn Ltd Confidential in or out, Seven Fears in Jinet, Rockeuman, Most Wanted dan Excess Baggage.

   Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada dua atau tiga buah filem baru ditayangkan. Terpulang kepada penonton untuk memilih filem yang memenuhi selera masing-masing.   

Pawagam Bijou memberikan pilihan yang lain dengan menayangkan filem-filem lama tetapi bermutu. Antaranya penulis sempat menonton Talk Radio (filem Oliver Stone yang gagal di pasaran) dan Underground filem arahan Fmir Kusturica yang memenangi Anugerah Palm d'O dalam Festival Filem Cannes 1995.   

Selain filem, stesen TV juga berebut memilih musim gugur untuk memulakan musim baru siri mereka atau memulakan siri baru. Antara siri tersebut ialah Bill Cosby Show Brooklyn, South, Touch by An Angel, Home Improvement, Michael NTTD Blue Soul Bold Man, Seinfeld, ER, Friends dan Dellaventura, selain beberapa siri Soon Opera yang lazimnya ditayangkan pada sebelah pagi (siri Dallas pun khabarnya akan disambung semula, setelah 20 tahun berehat).   

Daripada sekian banyak siri tersebut, Ellen nampaknya mendapat reaksi yang paling hangat. Pada penghujung musim lalu pelakon Ellen Degenres yang memainkan watak Ellen telah membuat pengakuan atau mengisytiharkan dirinya (istilahnya coming-out) sebagai seorang gay.   

Nampaknya sejak akhir-akhir ini isu gay telah menjadi satu fenomena yang semakin mendapat tempat dalam rancangan TV dan filem.  

Dalam satu siri TV lain pelakon Michael J.Fox telah dikucup oleh seorang pelakon kulit hitam yang memainkan watak gay (walaupun siri ini tidak sepenuhnya mengisahkan tentang watak).   

Kini Kevin Kline pula menghidupkan watak dan permasalahan yang lebih menarik melalui In & Out. Dalam filem ini Kevin bukan sahaja telah dikucup oleh watak yang juga mengaku sebagai gay (dimainkan oleh Tom Sellek), tetapi dia sendiri kemudiannya turut mengakui 'I am gay' pada detik-detik dia sepatutnya menyebut 'I do' dalam majlis perkahwinannya.  

Cerita ini berakhir dengan satu situasi yang memberikan gambaran bahawa dunia ini (sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat) kini penuh dengan golongan gay dan seolah-olah ''tidak apa yang hendak dimalukan'' menjadi gay.   

Di kalangan bintang filem Hollywood sejumlah aktor dan aktres secara terbuka telah membuat pengakuan bahawa mereka adalah gay atau lesbian. Antara yang terawal ialah Rock Hudson yang kemudiannya mati kerana menghidap AIDS.   

Yang lain ialah Rupert Everett (pelakon My Best Friend's Wedding), Ian Mckellan (Richard III) dan Su Friedrich (Hule and Seek). Sementara pelakon TV yang pernah mengisytiharkan diri mereka sebelum Ellen berbuat demikian ialah Mitchell Anderson (Farry of Five), Scott Thompson (The Larry Sanders Show), Andy Dick (News Radin) dan Wilson Cruz (My So - Called Life). Kita tidak hairan jika selepas ini lebih ramai artis Hollywood akan coming-out.  

Gay, lesbian, bisexual dan transgender (GLBT) bukanlah satu fenomena baru di Amerika Syarikat. Dalam dunia filem, ''San Francisco International Gay and Lesbian Film Festival'' setaraf dengan Anugerah Academy telah diadakan setiap tahun sejak 1977 lagi.   

Malah, golongan GLBT ini telah mendapat persamaan hak dengan golongan yang benar-benar lelaki atau wanita. Kursus-kursus berhubung dengan golongan ini juga sudah lama diajar di universiti dan bahan bacaan mengenainya (termasuk sastera gay) juga terdapat di pasaran.   

Iowa City sendiri terdapat sebuah newsletter khusus untuk golongan ini dengan nama Lowa's Jornels Pride (mereka bangga menjadi gay), selain kelab dan kelab malam khas. Sementara persatuan mereka juga mendapat kemudahan sama seperti yang diperolehi oleh persatuan lain di universiti termasuk ruang pejabat mereka sendiri.   

Kegiatan yang dianjurkan oleh persatuan ini juga pelbagai sifatnya, termasuklah teater. Dalam bidang ini filem Miller menamakan tokoh yang cukup terkenal kerana persembahan dan hasil-hasil karyanya.  

Minggu pertama lalu beliau mengunjungi Iowa City untuk berceramah dan mengendalikan bengkel serta kemudiannya membuat persembahan di Cedar Rapids dengan pementasan solo berjudul Fruit Cooktail. Novel autobiografi beliau berjudul Shirts and Skin juga diterbitkan baru-baru ini.  

Tim Miller yang mulanya dikenali tokoh teater yang banyak membawa permasalahan golongan gay kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai salah seorang daripada golongan itu.   

Beliau sebelum itu sering menerima bantuan kewangan untuk kerja-kerja teaternya daripada peruntukan National Findowment For Art (NEA).  

Tetapi setelah beliau come out from the closet (mengaku sebagai gay), peruntukan tersebut tidak lagi diberikan kepadanya. Miller bersama tiga lagi sahabat sejenisnya telah mencabar NEA di mahkamah dan mereka memenangi perbicaraan itu, membuatkan diri mereka lebih popular (sebagai The Famous Fear).   

Berbanding dengan golongan 'maknyah' di Malaysia golongan gay di sini bukanlah jenis lelaki yang lemah-lembut atau suka berpakaian wanita. Keseluruhan mereka adalah lelaki tulen tetapi lebih cenderung mengamalkan kehidupan seksual sesama kaum sejenis.   

Sementara yang lesbiannya pula tidak semestinya berwatak keras atau bersifat tomboy, malah sama seperti wanita biasa. Kerana itu sukar untuk mengenali mereka yang termasuk ke dalam golongan GLBT, kecuali mereka sendiri membuat pengakuan atau terlibat dalam kegiatan-kegiatan persatuan mereka.   

Ini adalah satu fenomena yang sukar untuk dibincangkan dan tidak mungkin lagi dapat dibanteras di sebuah negara bebas (free country) seperti Amerika Syarikat ini.   

Iowa sendiri mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negeri tanpa diskriminasi, baik dari segi warna kulit, agama, adat resam, budaya dan cara hidup. Demikian juga Universiti Iowa. Maka dengan sendirinya kewujudan golongan gay tidak menjadi sebarang masalah dan mereka seolah-olah diterima oleh masyarakat umum di sini.   

Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore sendiri baru-baru ini malah telah memuji Hollywood kerana menerbitkan siri TV mengenai watak lesbian melalui Ellen dengan menyebut bahawa watak tersebut telah memaksa penonton Amerika melihat ''orientasi seksual secara lebih terbuka dan jelas''.  

Baginya Ellen memperlihatkan ''sumbangan'' rancangan watak TV terhadap masyarakat. Sementara di sini, Linda Yanney _ Penyelaras HIV Outreach, Klinik Perubatan Percuma Iowa City turut menyetujui pendapat tersebut dengan mengatakan ''langkah Hollywood patut dipuji kerana kini lebih bersedia menggambarkan golongan gay dan lesbian sebagai 'orang baik'.  

Bagaimanapun siri Ellen kecoh seketika apabila ABC (yang menyiarkan siri tersebut) menyiarkan kenyataan 'ingatan' kepada kalangan ibu bapa bahawa siri itu mengandungi beberapa pernyataan yang mungkin tidak sesuai untuk anak-anak! Ekoran ini Ellen dilaporkan mengancam untuk menarik diri daripada siri tersebut tetapi menafikan kemudiannya.  

Permasalahan atau isu ini mengingatkan penulis kepada skrip Jangan Bunuh Sam karya penulis sendiri yang telah disiarkan oleh Dewan Sastera empat tahun yang lalu belum lagi dipentaskan.   

Drama tersebut ditulis apabila siri popular 2 + 1 (terbitan Cinematic) dihentikan setelah beberapa pihak mendesak supaya stesen TV tempatan tidak menggalakkan apa yang disebutkan sebagai ''budaya maknyah.'' (Tetapi yang anehnya selepas itu - hingga sekarang masih ada siri yang watak wanitanya dilakonkan oleh pelakon lelaki disiarkan).   

Penulis telah selesai menterjemah skrip tersebut ke dalam bahasa Inggeris dan kini sedang dirunding oleh seorang pelajar Bengkel Terjemahan, Universiti Iowa. Skrip terjemahan dengan judul Don't Kill Sam, Please... itu akan ditinggalkan di sini sebagai tanda kenangan daripada mereka yang mengikuti International Writing Program.   

Mungkin skrip tersebut dapat dianggap sebagai satu reaksi atau tafsiran penulis kepada isu di atas, dalam konteks Malaysia.  


BALIK